Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 31 Disember 2012

Warna2 sepanjang 2012

Dear TTC...
Ini adalah entry yg terakhir bagi tahun 2012
Ramai ye yg ala2 flash back story-mory sepanjang 2012
Macam Umaira sepanjang tahun 2012 ini....

Januari...
Gi Darussyifa..Jumpa dengan org kuat2 agama. Berusaha dan ikhtiar dengan rawatan Islam. Minum air yang dijampi. Semoga Allah pekenankan usaha hambaNYA. Dhupaston still on.

Februari
Start pantang kepada makanan yg leh ganggu kesuburan wanita. Elak dari makan jeruk dan makanan yg berunsur soya. Actually soya tak elok utk TTC

Mac
Jumpa gynae..Masa tu baru dapat tahu yg saya ni atara 20% wanita dlm dunia ni yg mengalami retoverted uterus (RU). Masa tu sedih. Balik je terus google pasal RU.
 TVS...buat TVS intai2 telur. Berita gembira sbb dinding rahim saya tebal dan telor pOn besar. Memandangkan sy susah nak jumpa dinding rahim tebal & telor yg besar. 1st time , since buat treatment dgn gynae.

April - Ogos
Masih mengharap...Masa tu dgr ramai TTC yg berjaya pregnant termasuk bff. Hati menangis dan mengadu pada Allah. mungkin rezeki mereka di bulan puasa.

September
PIL mengerjakan haji. Saya kirimkan doa dan buah zuriat je..

Oktober
HSG...syukur semuanye berjalan dgn lancar. Kedua2 tiub saya dalam keadaan baik.

November
Anniversary yg ke 3. Masih mencari double-line.

Disember
Period pertama selepas HSG selama 12 hari. Sgt heavy mcm paip pecah. Barangkali saluran sudah clear tu senang je laluannya.

Ini lah detik2 sepanjang 2012 yg kami lalui begitulah ujian datang menduga. Saya masih lagi berTTC. Mengharap tahun 2013 akan ada cerita yg gembira.Amin~

Jumaat, 7 Disember 2012

Period pertama selepas berHSG

Beberapa hari sebelum itu
perubahan fizikal (hyperhydration).
Sakit breast...
Perut kembung sikit
Pimple tumbuh merata-rata di kulit kepala plus dahi
mengidam ! (craving)
Selera makan membuak-buak
perubahan emosi (depression)
Moody..marah2 sesuka hati
Malas...sampai tahap tak gi kerja
mudah cepat letih (anxiety)
Ada member opis tegur kenapa muka mcm letih je

Tup...tuppp....
Ada brownie di panty liner
Mcm dah nak period
Sy tak leh agak timing period sy **period ding dong kan**

Period pertama selepas berHSG
HSG lepas, 22 Okt yg lalu
Now, on Duphaston
Day 2 to Day 5 , on clomid pulak **dgn dos 50mg x 2**

Tapi yg bestnye period kali ni sy tak senggugut.
Terima kasih Allah kerana kali ini aku tidak menanggung derita senggugut.


Selasa, 4 Disember 2012

Doa Vs Takdir


Salam kawan2...especially TTCian
kalian pernah tertanya2 tak??

Adakah doa dapat mengubah takdir seseorg itu....??
Sedangkan takdir kita telah ditentukan oleh Allah
sejak azali lagi..?

Ada sape2 tahu tak?? **meh bgtau saya**
samada terdengar ceramah ker...
tazkirah ker...
kata ustaz or ustazah ker...
atau, mereka yg tinggi agamanya..

Mungkin sedikit sebanyak pandangan dan komen kalian
dapat menenangkan hati dan perasaan
plus tidak bersyak wasagka yg bukan2..

.....AKU yang mengharapkan Takdir Yang Terindah...

Khamis, 22 November 2012

Tak jumpa double-line lagi

Nak bercerita dgn sape lagi....
rasa sedih tiba2 datang
rasa dah lama tak bercerita n tak meluahkan kat seseorang
Kawan baik sy duhulu nye TTC
tp sekarang dah conceive **5 bulan**
rindu nak meluahkan rasa sayu selagi tak jumpa double-line
Dia sekarang dah tak bercerita lagi tentang ttc
Now, dia bz dgn kandungannya
Terasa disudut hati ni dah berlopak dgn kesedihan
serius...sy dah lama tak menagis
pas baca yassin malam ni nak bg ruang pada diri **nangis**




Rabu, 21 November 2012

Fuhhh!~ lama lagi

Kring..kring...
bunyi hp sy **deringan lagu Park Jung Min~Not Alone**
Panggilan telefon dari nurse Nadia UPM
Maklumkan nxt appointment saya adalah tahun depan
pd 12 Mac 2013 jam ; 2 petang

Okay sgt lama lagi **jarak 4 bulan tu**
Dalam masa 4 bulan ni sy cuma on Duphaston **betulkan period**

Usaha lain??
Buah zuriat


Isnin, 19 November 2012

Happy 3rd wedding anniversarry ♥

14 November 2012 is my 3rd wedding anniversary. I can't believe how fast the years have flown by. Thank you Allah for the great gifts. Happy 3rd anniversary~ ♥

Reminder!~ sambut 15/11 time cuti Awal muharam



Prepared with L♥Ve 
**celebrated kat rumah jer sbb boley kiss♥ kiss♥**
sesi pemberian hadiah
gift dari huBee~TQSM

That's all..
Plan nxt anniversary nak sambut kat dalam bilik hotel. InsyaAllah...
Semua yg kita buat adalah utk diri kita dan hubungan kita
Mari pupuk hubungan kasih sayang dan bahagia
 

Khamis, 8 November 2012

PapSmear yg tiba-tiba..

7-11 jumpa gynae
Kali ni saya masuk bilik doc.tanpa ditemani hubee **my request**
Sebab...?? **byk benda nak tanya**
kalo hubee ade, pertanyaan sy pd gynae sgt terbatas
kali ni dgn Dr Sara **1st time jumpa**
Dr Habibah yg selalu sy jumpa **cuti barangkali**
Dr. Sara posmoterm sikit berkenaan dgn HSG sy yg lepas
Result adalah positiif, bermakna **tiub tidak tersumbat**

Perbualan kami:
Saya      : Kalo tak tersumbat ape masalah saya lagi doktor??
Dr Sara : Mungkin PCOS yg awk alami...tp ada patient yg PCOS boleh mengandung. Sy tgk berat badan awk pun dah turun 5kgs. Macamana awk dapat turunkan??
Saya     : Saya kurangkan makan & exercises jer.
Dr Sara : kalo nak ikut good berat dah turun 5% dari berat sebelum ni.

Dr Sara : Period mcm mana?
Saya     : Lepas dah tak ambik Duphaston period saya tak datang 3 bulan. last saya ambik Duphaston bulan Mac 2012.
Dr Sara  : Ok, nanti saya bagi Duphaston. teruskan makan.Macam biasa 3 minggu makan, seminggu stop.

Saya      : Doktor, ape treatment sy yg seterusnya??
Dr Sara  : IUI . IUI tak buat kat sini. kami akan buat di luar di hospital swasta lah..
Dari segi bayaran, kita akan bincang kemudian. Puan, kakitangan kerajaan ada bayaran yg dikecualikan.

ok, untuk hari ini kita buat pap smear. kita nak pastikan tiada sel kanser yg menghalang puan dari mengandung.

**baring atas katil seperti posisi HSG**
Pap smear yg tiba2 **sy tak ready**
Pap smear kali ke2


Selepas selesai pap smear...
Dr Sara ambik no. hp saya n Hubee utk set nxt appointment
Nnt akan ade nurse dari UPM yg akan call 
Itu je la buat kali ini


Khamis, 1 November 2012

November ini~

Dah bulan November dah... : )
mari mencipta warna-warni di bulan November

Rabu, 24 Oktober 2012

HSG itu~

Appointment HSG 22 Okt lepas
Malam tu dah start puasa
Seblm tu kena telan ubat alegik 8 biji mlm , 8 biji esk pagi
Ubat alegik , hanya mereka yg ade alah saje makan 
Syarat lain, 3 hari seblm HSG tidak bole bersama

Pagi itu
Sampai hospital kul 8 pg
Tgg turn org yg ke-2
Masuk bilik x-ray dalam kul 9.15am
Siap2 salin baju persalinan, naik ats katil
Agak seram tgk mesin, katil dan peralatan dlm bilik
Dalam bilik ade 2 org doktor , 2 assist.
Doc. sgt memberi semangat **sy pOn jd x takot**

Jam 9.45 am...semuanye selesai
tak sakit mane seperti yg diceritakan
sakit mcm rasa senggugut then senak di sekitar perut
doc. ada bagitau...bleeding akan berlaku utk beberape hari
hari ni dah masuk hari kedua bleeding
rupa bleeding tu mcm darah period pOn ade
hati tetap risau
doc. pesan lagi byk kan minum air
utk singkirkan cecair yg masuk sewkt HSG dibuat
pastu tak da pantang per...
balik try ' bersama '

Syukur....
kedua-dua tiub saya ok
tak tersumbat...

Pasni nxt appointment dgn gynae pada 7 Nov

Just nak share
Daripada sumber yang pernah saya baca, kalo tak silap...
60% wanita berjaya hamil selepas melakukan HSG

dan....

2 org kawan opis sy berjaya hamil selepas melakukan HSG
1 org kawan blog TTC pOn berjaya hamil pas HSG


Rabu, 3 Oktober 2012

Ya Allah...

"Ya Allah aku bersyukur dengan ape yang telah Engkau tentukan.. Sesungguhnya aku adalah Insan terpilih.. Terima Kasih Allah di atas ujian ini..."

Khamis, 20 September 2012

Doa ku kirimkan

Salam ttcians
Sekarang ni musim haji kan..
Ada saudara mara, ibu ayah atau pun kalian yg pergi??
Syukur alhamdulillah..kedua mertua saya dpt gi haji
Dah 6 tahun menunggu...tahun ni tercapai juga
Mertua saya tanya..nak kirim ape kat sana?
Saya tak pikir lain dah...saya mohon mertua saya kirimkan doa
Mohon tolong doakan agar kami dikurniakan zuriat
lagi...??
time shopping nanti kalo terjumpa
Palm Pollen  Powder (debunga kurma)
tolong belikan **kalo jumpa**
itulah..harapan kami suami-isteri

mana tahu doa depan ka'bah, masjid nabawi **lebih berkat n makbul**
Amin....

Isnin, 3 September 2012

...ada org mimpi saya PREGNANT~ : )


Gambar sekadar hiasan~
 Weekend hari tu....
My sis yg doktor tu ada citer
Dia mimpi saya pregnant
Adik ipar dia yg ttc **3tahun** tu pOn pregnant gak
siap tahu due date kitorg gak tu..
saya 7/1/2013
si ipar tu lak 6/1/2013

Semoga mimpi my sis tu adalah petanda yg baik
Amin~

Rabu, 29 Ogos 2012

mensyukuri nikmat Allah

Muhasabah diri...
Sedang mensyukuri nikmat Allah **sambil menadah tangan**
treatment dgn gynae terhenti kejap
kena settlekan HSG...baru buat nxt appointment semula

Wordless Wednesday **Lagi Kawan Pregnant**

 Status FB kawan saya...
Sorg lagi kawan saya dah pregnant **6thn berTTC**
Alhamdulillah...Congrats..

Selasa, 28 Ogos 2012

Congratz to my Bff


Pagi ini saya dikabarkan dengan berita gembira dari bff sy
Yang dahulunye dia juga adalah ttc **2 tahun**
Semlm my bff ni EL **jumpa doc**
Dah comfirm dia sedang pregnant **4 minggu**
Baby yg bakal dilahirkan nanti pd awal Mei 2013
Alhamdulillah yg tak terhingga....
Semoga kalian pOn akan dikurniakan rezeki sebegini
Amin~

Selasa, 24 Julai 2012

Salam Ramadan



**sudah lama tidak meluangkan masa di blog kesayangan ni**
Alhamdulillah...
Berpeluang sekali lagi kita menyambut ramadan
Salam ramadan buat pembaca blog Umaira
Semoga ada rezeki buat kita semua

Salam bertemu...byk citer yg ingin di kongsi
setelah 2 bulan sekian lama tidak berblog
Saya rindu kalian semua

Jumaat, 25 Mei 2012

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang


Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

Ahad, 13 Mei 2012

Pujuk hati..Pujuk Iman..

Salam...
Hai kawan2 TTC yg dikasihi
Ape kabar kamu? Mcm mane perkembangan kamu?
Lately, sy jarang beronline **bz di opis**
InsyaAllah sy akan dtg menjengah entry kamu2 yg dh terlepas

Terasa lama tak citer perkembangan terkini sy
Sedia maklum, last sy jumpa gynae pd  13 Mac 2012
Masa tu perkembangan 1 ovum sy sgt baik
dan masa tu juga HSG sy dibatalkan keesokan harinya
Pengharapan sy terlalu tinggi
Berdoa dan berdoa agar masa itu akan tiba

Sewaktu 4 minggu sy kelewatan period
Hati dah mula memikirkan sesuatu
Pelbagai pertanyaan dlm hati
Bile terasa sakit di perut dan berdenyut2
sy beranggapan dan tertanya2
 ''mcm ni ker tanda awal2 pregnant''

UPT masih belum di uji **nak tgg 5 minggu**
Dalam masa yg sama
Saya berhati2 dan tak buat kerja2 berat
Kerja rumah semua huBee buat
Cuma sy ada long distance jalan2 ke Penang **end of April**

Nk cakap pasal mimpi...
Saya tak mimpi per2
Tapi...
HuBee mimpi sy muntah2
Bff sy yg TTC kat opis pOn mimpi sy pregnant
Mimpi huBee n BFF  menguatkan lagi anggapan sy tu

Sewkt 5minggu sy kelewatan period**tiba ms utk uji UPT**
Masa tu 1 Mei 2012 **cuti Labor Day**
Saat2 yg mendebarkan utk sy pagi itu
UPT telah di uji **1 line jer**
Sedihnya hati ni
HuBee tak tahu lagi perkara ni

Keesokan hari
Sy ngadu kat Bff sy **sedih sgt**
Dia kuatkan semangat sy kembali
Dia kata try lagi, tgg seminggu lagi

10 Mei 2012 , sy uji semula
UPT menunjukkan 1 line jugak
Ya Allah...harapan aku terlalu tinggi
Rasa mcm nak meroyan pOn ada
Lalu bercucuran air mata tanda kesedihan
Tapi cepat2 pujuk hati , pujuk iman

UPT yg di uji...dua-dua 1 line jer
Wahai diri...
Pujuk hati ini..pujuk iman ku ini...
ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,
tapi DIA memberi apa yang kita perlukan.
Kadang-kadang kita rasa kecewa,sedih,terluka,
Tapi jauh diatas sana
DIA sedang mengatur yang TERBAIK UNTUK KITA
Kita merancang
Allah juga merancang
...tetapi
perancangan Allah lebih baik untuk kita

Ya Allah...

Umaira : Now, sy tak sure per status sy skrg? Period tak kuar , UPT negetif. Jumpa doktor?? utk double check...sy takut sy bertambah merOyan lagi.Aaarrgghhh....

Di Hari Ibu ini **Hati menangis**


Selamat Hari Ibu
buat ibu-ibu diseluruh dunia
bakal-bakal ibu...
tidak lupa juga kpd bapa2 yg memikul tanggungjawab sebagai ibu

Disudut hati ni
Aku menangis...
Aku bertanya pada diri
Bila agaknya aku akan begelar seorang ibu
Ya Allah...

Jumaat, 4 Mei 2012

Congratz to A*nya


Syukur kehadrat Illahi....
Saya tumpang gembira
sorg lagi sahabat TTC kita doanya dimakbulkan Allah
Congratz pada A*ny
http://kisahkasehkehidupan.blogspot.com/2012/05/alhamdulillah-makbul.html#comment-form
Semoga semuanye selamat dari awal hingga akhir

Khamis, 5 April 2012

Adakah itu tandanya dia mengharap sangat??

Petang itu....
Semlm otw balik kerja dlm tren
saya kemabukan sebab
tercium bau mulut  org **yaaakkksss***
ditambah pula dengan break emergency My Komuter
sebanyak 5 kali **barangkali baru nak belajar bawak agaknya**
kemabukan saya berpanjangan sehinggalah naik keter
sampaikan hubby pun terperasan
.....dan hubby tanpa bertanya ape2
terus berbunyi... ''yeyeyeahh'' **sambil senyum gedik**
Ape dia ingat saya morning sickness agaknye??
Dengan lantas dan memancung bunyi yg berbaur kehappyan itu
saya terus cakap dengan nada yg agak menekan sikit
''BUKAN LA..BANG...org tercium bau mulut makcik sebelah td, BUSUK!''

Malam itu...**pas maghrib**
Masa golek2 dgn hubby ats katil **belum masa nk tidor**
Borak2 kosong....dan hubby ada tanya
     ''Period dah lewat ker?berapa hari dah?''
Saya jawab....''dah lewat 5 hari''
Hubby menggosok2 perut sy ketika itu...
Dalam hati ni tertanya2...
   ''Adakah abg mengharap sangat utk kali ini?''
Selalunya dia tak over mcm ni tau

Untuk mengelakkan drpd DITANYA dan TERTANYA
saya ajak hubby ke ruang tamu, layan citer di tv
Semoga ajakan sy itu tidak menimbulkan persoalan lagi
Mlm pun masih muda gamaknya... **baru jam 9.15mlm pOn**

Sebelum tidor....
Sy yg agak terover pasal kejadian td bertnykan hubby
''Abg mengharap sgt ker?'' **dia paham pertanyaan sy tu**
Dengan nada yg tenang dr hubby menjawab
''Kalo ada rezeki, okay la. kalo xda boleh cuba lagi''
...lalu pipi saya di cium
.....dan tidor dengan hati yg tenang bila di kata begitu

Isnin, 26 Mac 2012

Diharap yg SATU itu adalah harapan

Kebiasaannye saya dan hubby akan bersama-sama
masuk bilik rawatan utk berjumpa gynae
Tapi kali ni tidak pula...
Sbb saya yg suruh hubby tunggu saje di luar sambil tgk tv

Appointment TVS...13hb Mac iaitu D12 **seperti yg dijanjikan**
Dengan izin Allah
Ovum saya  membesar menjadi 20mm **1 ovum**
Alhamdulillah~
Gynae pun senyum kpd saya
Mungkin dia tahu, itulah harapan saya
Dinding rahim pun tebal 9.8mm
Kalo nak banding dgn seblm ni setakat 4.6mm
Gynae da bagi tahu;
 '' pada setiap kitaran haid, hanya satu sahaja telur matang , sekumpulan yg lain mengalah dan pupus''

Kalo nak ikutkan perjalanan sebenar
esknya adalah hari HSG saya iaitu 14hb Mac, D14
memandangkan perkabaran baik ini
HSG sy kali ini adalah dibatalkan
Gynae pesan, masa yg terbaik utk bersama
Sayangkan...kalo peluang sy ini tidak dimanfaatkan
Ape2 pun kami ikhtiar..akan berBD sekerap mungkin

Keluar dari jumpa gynae...
Dari jauh saya dah senyum pd hubby
Citer tentang pekabaran gembira itu
...pd hubby walaupOn dia kurang nak paham
...lalu hubby mencium dahi saya

Diharap yg SATU itu adalah harapan
Wallahualam bissawab dan Allah Mahatahu sesungguhnya

Diharap ovum2 akan terus membesar

Appointment TVS
9hb Mac, masa tu D8
Point nak tgk ovum di kedua-dua ovary
Ovary kanan...Ovum saya masa tu adalah paling besar 15mm
Ada 2 lagi ovum..tapi kelihatan kecik dlm 8mm
Ovary kiri...Ovum kelihatan kecik2 jer.
Gynae minta datang semula pd D12 utk tgk
semula ovum2 itu akan terus membesar atau tiada perubahan

Balik dari jumpa gynae..
saya rehatkan diri di rumah
Dalam kepale masa tu asyik pikir HSG
yg bakal dilalui pada 14hb Mac,masa tu D14

Bercakap dengan diri sendiri...
Diharap ovum2 akan terus membesar sambil menggosok perut~

**saya touching**.. Tetibe hati saya bertukar jadi hati tisu

Today mood : MC a.k.a mintak cuti

Memberi semangat pada diri
adalah sesutu yg dituntut

Sekian~Salam senyum buat semua..



Rabu, 21 Mac 2012

Sebelum kejadian TVS + HSG

Klik utk Zoom
**maaf....tajuk entry langsung tak memberikan gambaran**
Salam kawan2 TTC semua...
Hari ni D20 saya..
Bulan Mac ni, Miss P datang **2hb Mac**
tak brp nak on thr dot date
iaitu hari ke-33 dalam cycle period  
**pe2 pun syukur sbb datang dari tertny2**
Masa ni saya on clomid
Pengambilan nya 50mg x 2 biji
1st day Miss P, kena call nurse UPM utk set appoinment utk TVS
Seperti yg dijanjikan D8 dan D12 kena datang utk TVS

Utk HSG pulak...D13
Syarat utk berHSG telah pun diberitahu oleh nurse
'' Sebelum buat HSG, 3 hari sebelum tu tak boleh bersama
Malam sebelum HSG kena telan 8 biji ubat avoid alegik
dan 8 biji lagi plus 2 biji panadol pada pagi nak buat HSG
...panadol di sini berfungsi sbg pain killer **katanyee**
Bile disuruh begini rasa mcm sakit jer **sakitkah**
Pad jgn lupa bawak sbb slps menjalani HSG besar
kemungkinan berlakunya bleeding **bunyinye ngeri**

Ubat avoid alegik dibekalkan sebelum ini
adalah bagi mengelakkan alahan pada kesan
ubat yang mungkin berlaku semasa menjalani HSG nnt

.....masa tu akan tiba utk berTVS dan berHSG...
....ada sambunganya.....


Jumaat, 16 Mac 2012

Ambil peduli + prihatin

Last week balik kampung
sambut birthday bapak....
sayup jer tgk wajah bapak...
kini usia bapak  telah pun 65 tahun

Ibu...
ibu bertanyakan hal saya dan kabar...
mengenangkan nasib saya dan suami yg belum dikurniakan zuriat
Ibulah tempat saya mengadu kasih
walaupon kini menjadi isteri kpd suami

Ibu mencadangkan utk buat rawatan di Klinik Dr Hamid Arshad saje
Biar la sy discuss dgn hubby sebulat-bulatnya...
Bagi saya,  ianye memerlukan kos rawatan yg tinggi
Owhh...tidak..bile memikirkan tentang duit
Sungguh tak mampu buat masa sekarang...

Along....
Abg sulung saya yg sgt prihatin
Selalu bertnykan perkembangan saya dan hubby

Sesungguhnya....saya sgt bersyukur sokongan moral yg diberikan...
Ahli keluarga masih mengambil peduli & prihatin dgn diri kami

Aku redha~ dgn RU

....sambungan daripada entry sebelum nih....

Retroverted Uterus (RU)

Disbbkan perasaan ingin tahu pasal retroverted uterus
adalah sedikit sebyk membuatkan pikiran saya kembali okay
tak mcm sebelum ni...
asyik pikir itu adalah kekurangan pd diri sy
tp sebenarnye tidak yer kawan2...
wanita yg RU masih boleh mengandung **Dengan izin Allah**
cuma memerlukan rawatan yg bersesuaian dari pakar
actually tak ramai gynae yg buat operation RU
Biasanye wanita mengalami RU akan sakit ketika period
...seperti saya ketika period
mmg stand by hot pillow utk tuam
RU terdiri dari pelbagai jenis
Mari la kita sama2 mengenalinya **kpd yg berkenaan sahaja**
 
 

 i dont kwow sy nye jenis yg mane??
....ape2 pun AKU REDHA dengan kehendakNYA

Khamis, 15 Mac 2012

Lama tak ngadu...semoga ada yg membacanya

Hi...
Lama tak ngadu citer dgn kawan2 TTCians
Actually dah lama nak share citer ni dgn korg...
Asyik save dalam kepale jer...plus pendam dalam hati...

Citer nye....
ketika jumpa Gynae
...iaitu 21 Feb yg lepas..

Semasa TVS, point sebenar bukan nak tgk telur,
tapi nak tgk kedudukan uterus...
..dan gynae da bagi tahu..
Saya adalah retroverted uterus **masa tu masih blur**
Fakta dari gynae
20 % wanita di dunia mengalami retroverted uterus
Sedihnye, sy salah seorg daripada 20% itu

Gynae da suggest rawatan2 yg lain
selain makan Duphaston mcm seblm2 ni
itulah..dia da suggest IUI
dan kos under UPM adalah 550MYR
memandangkan sy kerja gomen boley  claim  
**kena semak pekeliling**

HSG
saya da tny pasal HSG **sbb cam rmai je TTCian yg dah buat**
Doktor kata nak buat pun boleh
...dan siap2 signed borang keizinan utk HSG
Appointment HSG bergantung pd 1st day period sy dtg
....dan terus call Jabatan Radiologi utk set appointment
Harap semuanya ok..Miss P kuar on the dot

Sebelum balik....
Gynae ada bagitau..kali ni ambik clomid 50mg x 2 bijik
1st time mkn clomid last year bln Julai
masa tu body sy mcm tak berapa nak respond sgt
telor pon kecik2 jer...
harap dan moga ada keajaiban dariNYA

....dan saya ada bertanyakan pasal retroverted uterus
Boleh jadi normal ker kalo saya gi berurut??
Doktor jawab, tak boleh sbb mmg semula jadi sbb ia adalah abdomen
Kalo nak normal kena operation tu pOn bukan 100% normal
**pembedahan bukan penyelesaiannya**

Masa otw balik dalam keter sambil bual2 dgn hubby....
hati rungsing terkenangkan kes retroverted uterus sy
sampai jer rumah terus menggoogle
sbb ingin tahu~

bersambung.......

Ahad, 4 Mac 2012

Korang pernah tinggalkan suami tak?

Hai korang...!~
Masa sy buat entry ni dalam kul 1.27pagi
Korang mesti dah tdo....
Hubby pun tdo lena **sunyi mlm ni**
Actually, hari ni sy keletihan sgt... **Miss P**
Terlena kul 6 petang td...bangun kul 11mlm


Baru selesai packing2 baju utk esk
Esk dah nak gi kursus kat IPN, Sabak Benam
Tinggal la Hubby seminggu **5hari je pOn**
Dalam keadaan dia tak berapa sihat **sakit batu karang**
Saya tiada pulak disisi **cian hubby**

Korang pernah tinggalkan suami tak? **krn tuntutan kerja**
Berapa hari paling lama?
Perasaan korg?





Jumaat, 2 Mac 2012

Jumaat yg makbul.....

Salam Jumaat...
Korg sihat...?
Per citer?
**umaira akan blogwalking blog korg**
Actually byk citer nak share...
Tapi kekangan masa x mengizinkan
Next week gi kursus pulak...  
**syok time nak relax2**

Kalo nak ikutkan saya dah lewat 5 hari period
Ada risau sikit
Pagi tadi pas Subuh dan mohon doa
''Ya Allah Ya Tuhan Ku...Andai ada kandungan di dalam perutku ini...peliharalah dia. Andai tiada dan masih belum rezeki ku lagi...turunkanlah darah kotor haid ku..Supaya tubuh badanku sihat. Aku bermohon kesihatan yg baik darimu Ya Allah, Ameen'' 


Kat opis...dah ready nk gi perhimpunan 
**segak dgn baju korporat**
Ada rasa lain mcm...terus tgk kat panty liner  
**period la**
Allah telah makbulkan doa sy pagi td  
**utk period**
Tak per....Allah da rancangan yg lebih baik utk sy dan hubby

Ahad, 26 Februari 2012

Congrats....Kamu yg dekat tapi jauh~


Syukur Alhamdulillah kepada

She is my friend...
Kawan yg Dekat tapi jauh...
Ya!~ Jauh nun di Terengganu sana 
3 minggu lepas baru jer jumpa **makan2**
masa tu tak tahu lagi dia dah pregnant
Kini usia kandungan dia dah pun 5 minggu

Tahniah Shima...
Pasni boley la kongsi effort kamu
dgn rakan2 TTCians

Jumaat, 24 Februari 2012

Saya malu***blushing***

Crowded Komuter Train

Kejadian ni jadi Jumaat lepas masa balik kerja
Saya yg berbaju kemeja longgar dan berskirt labuh
Balik kerja naik komuter tp gi hubby hantar
Biasa la..semua sedia maklum...
Komuter tersangat la crowded
Kalo dapat masuk tu kira luck la...
Masa tu dah tak kira dapat duduk atau tak
Berdiri pOn berdirilah..
Nak tunggu next tren...
Minta ampunnn...boley patah kaki dibuatnya

Dalam masa berdiri plus crowded tu...
Adalah sorg pempuan muda yg free hair
Bangun dan beri saya tempat duduk...
Pada mulanya...saya kata ''No, thanks'' ** sambil senyum
Tapi bile dia dah kata ''Pregnant kan??''
Ooohhh mannn....malunyerr....**blushing**
Terus saya duduk...sambil senyum dan ucap TQ

Okay, ketika tu baru saya sedar...
Lalu tersengeh di dalam hati sambil sms pd kakak sy
''Saya yg berkemeja longgar dan berskirt labuh
kelihatan seperti seorg perempuan pregnant..''
Nak tergelak tp menahan...

Sampai rumah....
Berdiri depan cermin dan tergelak sendiri....
Nasib hubby tak perasan perbuatan saya tu
Kalo dia terbaca entry sy ni, baru la dia bukak citer kot

Wahai perempuan itu...
Kamu sangat baik hati...
Rezeki saya juga dapat duduk ketika itu..

Rabu, 22 Februari 2012

Adab dan Biadab

Busy cam ni kot~


Kerja tersangat la bz di opis...
Lebih2 lagi kat Financial Department..
WalaupOn stress emosi sy boley handle lagi
Penat tu tak usah ckp la...
Tp masih diizinkan Allah
Dengan tenaga yg ada 
hari2 saya menebar roti jala
Hubby tak nak mkn nasi dan lain2 **on diet**
Melainkan roti jala dan lempeng

Dalam kesibukan di opis...
Adalah si polan ni...
Dah terlampaW stress sgt dgn bos dia
Lalu terkuar la maki-hamun nye
Hasil maki-hamun si polan ni
Secara tak sengaja dah tersentapkan emosi sy
Memang tak leh terima dan tak leh blah la..

Ya..mmg bos si polan tu adalah...
Masih belum dikurniakan anak  
Gemuk..Pendek..

Doreamon yang tak bersalah pOn masuk dalam ini cerita~

Hasil maki-hamun si polan tu adalah berbunyi cam ni
'' Dah la gemOk-pendek...mcm Doreamon...
Patut la..Allah tak bagi anak kat ko...
Kalau ada anak mesti ko suka marah anak ko..
Macam ko marah aku...''

Maki hamun si polan tu kedengaran..
Tu yg membuatkan saya tersentap..
Ya Allah...tak baiknye kata2 yg kuar dari mulut si polan
Kawan2 yg lain berpandang atr satu sama lain

Ingat....Allah tu maha adil
Awk tu pempuan gak...dan belum kawin
Jgn la nak mengata org...Dimana adab kamu?
Apa lah perasaan bos dia ?
bila tahu si polan ni kata cam tu
Sedangkan saya pun sedih..
sentap..sentap..

Entry ini dikongsikan utk mengingatkan atr kita
Walau cam ner sekali pOn kita marah kat seseorg
bab2 begini jgn la sentuh...
Takut ada org sekeliling yg terasa..
Kata2 dan pelakuan kita melambangkan adab kita


Isnin, 20 Februari 2012

Air soya dan sperma...Sejauh mana kebenarannya?


Bff saya seorg TTCians seperti saya gak
Dia ada nasihatkan saya
supaya elakkan minum air soya...
Sbb dia tahu yg saya ni kerap minum soya
katanya air soya boleh mematikan sperma
Saya tny, mane dapat fakta nih?
Dia kata doktor kat tempat dia kerja bagi tahu **KPJ Ampang Puteri**
Tak tahu la mitos atau fakta?

Ada sape2 pernah dengar tak tentang perkara ni??
Plz komen...

Sabtu, 18 Februari 2012

Tak reti nak tolak....Diri owhhh..Diri

Semalam adalah Jumaat....
Dan kat opis lak adalah hari makan-makan sedunia...
Surely, opis mate da bawak jajan...
Jajan yg paling saya tak suka jumpa adalah...
**kalo dah jumpa habis la**

JERUK


Actually...
memang dah lama gile tak jumpa jeruk
Sbb nak avoid kan dari makan
Jeruk ni antara jajan yg saya suka
Tapi tak pernah mengaku kat hubby...

Rasa bersalah pada diri bile makan jeruk
Sbb jeruk tak elok tau...
Untuk golongan TTCians
Tahu-tahu la..akan pembuatannya...
hi sugar-colouring-dan bersifat tajam
Lagi-lagi kalo yg sedang membuat rawatan
Mana tahu kan ubat yg kita makan akan
memberi kesan yg sebaliknya 

Menyesal tak sudah saya dibuatnya..
Masa makan tak beringat
Kenapa la aku tak tolak awal2..?
Kenapa aku tolak masuk mulut?
Diri oh diri...

Wahai diriku,
Maafkan la aku...

Boycott Jeruk~



‎10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

Walaupun saya belum ada anak lagi....

Dan belum da tanda2 ke arah itu..

Tapi saya nak share dengan kawan TTC sekalian...

Tentang....



10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


Ya Allah....
Setiap kesakitan yang ditanggung si ibu
Kau telah menjanjikan balasan pahala yang tinggi..
Subhanaallah...Engkaulah maha pengasih dan penyayang...


Sumber : Shared dari Facebook

Isnin, 30 Januari 2012

Hallo Miss 'P'....

Alhamdulillah...
selepas kegelisahan yg melanda 2-3hari seblm ni
Gara2 Miss 'P' tak kuar
Banyak tanda tanya pada diri?
Bile dah buat UPT hasilnye adalah -ve
Sudah pasti menantikan kehadiran Miss 'P'

Hallo Miss P

Dengan Izin Allah...**slps berdoa**
Malam tadi Miss 'P' kuar akhirnya **Time tdo**
Sebelum Miss 'P' kuar ada gak perasan
Simptom2 yg berlaku macam...
Weekend tu, kemalasan melanda **bermalas2an ats katil**
Then, kelaparan tak tentu arah **gigihkan jua ke dapur utk masak**
Teringin yg teramat sgt nak mkn ayam grg madu **rajinkan gak utk masak**
Sakit perut yg tak berapa nak menjadi **senggugut yg datang dan pergi**
Beremosi **sampai berdrama dgn Hubby**

Bilekah masa dan keadaan yg sesuai utk Allah memakbulkan doa kami suami-isteri agar dikurniakan zuriat??

Jumaat, 27 Januari 2012

Congratz to dotdotdot


Syukur Alhamdulillah kepada
2-line...horrraayyy...Happy dengar berita kamu~
Sy dah alihkan blog kamu ke group Congratz

Khamis, 26 Januari 2012

Duphaston 2 : Dah habis makan 25 Jan 2012

Dah 2 bulan makan Duphaston...
Now, tgh stop seminggu...
Miss P tak gak2 kuar...
UPT pun dah buat , result adalah negetif
Duphaston ni mcm tak serasi dgn body sy je
Pas stop seminggu ni nak sambung mkn balik or tak??
Ada sape2 kat sini tak da pengalaman mkn Duphaston seblm ni?
Plzzzz..share...

Jumaat, 20 Januari 2012

UPT on 20 January 2012

Di pagi Jumaat ni saya cuti
Hubby g kerja halfday
Plan nak balik kampung ~ Teluk Intan
Arrgghhh..rasa malas nak kemas baju

Bangun tidor tgk Hubby dah tak da
Td b4 dia g kerja, ade terperasan dia cium dahi sy

Seperti yg sy janjikan
Pagi ni sy dah buat UPT **tnp pengetahuan Hubby**
Resultnye adalah negetif
Masa buat tu siap buat video lagi **kali ni**

Motivate diri-sendiri
Tak per...Rezeki**zuriat**sy belum lagi terbuka
Sy percaya, Allah masih bersama hambaNYA
Yang selalu berusaha
Memujuk hati supaya tenang dan menerimanya
Ingat tu apa2 yg berlaku adalah Dengan Izin Allah


20.01.2012 - it's Negetive 

Rabu, 18 Januari 2012

Takut kecewa~

Sebijik sejeBon mcm ni sy beli~

Semalam beli pregnancy test kat Guardian The Mines
Bile lah nak buat semula??
Maybe Jumaat ni...
Last check pun masa Miss 'P' lewat 2 hari
Takut kecewa lagik kali ni!~
Dah berbatang2 UPT sy buat selama 2 tahun ni
Hasilnye mengecewakan~
Tu tandanye Allah belum memakbulkan doa kami

Hari ni...18 Jan 2012
Miss 'P' dah lewat 21hari...
Lewat sgt dah ni...
Tak kuar2 pun...
Tgg jer la entry sy akan datang
Apakah hasilnye??

Selasa, 17 Januari 2012

Ke Darussyifa'


Alhamdulillah....
Terlepas hajat selama ni nak buat rawatan n
jumpa sendiri dgn Ustaz Harun Din di Darussyifa'
Untuk makluman,Ustaz Harun Din hanya ada pd hari Selasa shj
Tu pun bergantung pada jadual beliau
Selain hari Selasa, ank murid Ustaz Harun Din yg kendalikan rawatan Islam di Darussyifa'



Okay dengan semangatnyer...
Kuar rumah seawal jam 2.30pagi..bersama Hubby + PIL
sampai kat Darulsyifa' dalam kul 3.00pagi
terus beratur sementara tunggu kaunter bukak jam 5.00pagi
**beratur tp kerusi disediakan oleh pihak Darussyifa'**
Syukurlah.....cuaca pagi td sgt mengizinkan
Tak panas, tak sejuk dan tak hujan...
cuma kawasan perumahan disitu
blackout termasuk di Darussyifa'

Kaunter bukak n beratur **mcm beli tiket wayang**
dapat no. giliran yg ke 17 & 18 **suami-isteri**
Dan diberikn borang utk diisi details n rawatn yg dihajati**iaitu zuriat**
Rawatan start jam 6.30pagi iaitu selepas Subuh
Start masuk bilik rawatan dalam jam 7.15pagi
Sebelum tu dah siap2 beli 2 botol air

Rawatan itu hanya mengambil masa kurang dari 5 minit.
Mungkin ia tidak berbaloi jika dibandingkan dengan
penantian selama 3 jam tetapi kami tidak pernah mengeluh.
Sebaliknya kami amat berterima kasih kepada Ustaz Harun Din
atas peluang bertemu dan berubat dengan beliau


Masa rawatan....
Dua botol air diletakkan diatas riba + rapat ke perut **suami-isteri**
Tangan kami menyilang sambil pegang 2 botol air td **bukak tutup botol**
Ustaz Harun Din membacakan doa buat kami **utk zuriat**
Bacaan doa itu dihembuskan pd 2 botol air **air jampi**
Sambil membaca doa, Ustaz tekan2 perut kami suami-isteri **serentak**
Diakhir rawatan....Ustaz da sebut, InsyaAllah..InsyaAllah..

Per yg kami rasa masa rawatan tu??
Masa doa dibacakan...
Perasaan sebak dihati....air mata dah berlenangan
Hubby kata pun rasa nak nangis
Air dalam botol tu rasa sejuk masa Ustaz menghembuskan bacaan doa
Subhan'Allah~

Air Jampi tadi...
Minum pagi dan malam
Semasa 'bersama' sapukan air jampi dari atas **dahi** hingga dada
Amalkan surah ali-imran iaitu Doa Nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat

Ù‡ُÙ†َالِÙƒَ دَعَا زَÙƒَرِÙŠَّا رَبَّÙ‡ُ ۖ Ù‚َالَ رَبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙŠ Ù…ِÙ† Ù„َّدُنكَ Ø°ُرِّÙŠَّØ©ً Ø·َÙŠِّبَØ©ً ۖ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ سَÙ…ِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)


Semoga ada sinar baru buat kami~AMIN...AMIN..

Hari ni Birthday Hubby

Buat suami tercinta,


Today...17 Jan 2012..Birthday Huby yg ke 31
Syukur dikurniakan seorg suami yg sabar
Dah 2 tahun bersama sbg suami isteri
Bersamaan dgn 2 tahun sambut birthday bersama sbg suami-isteri
Selama 2 tahun itulah saya mula rasa sedih + mengharap
Tp simpan dalam hati tanpa pengetahuan suami tercinta
Sy nak sgt menghadiahkan berita gembira jika ditakdirkan Allah
Yang dia bakal menjadi seorg ayah
Tp hadiah itu masih belum tertunai dari saya utk dia

Birthday hubby kali ni celebrate kat Mines..makan2
Tp mcm sebelum ni, satahun yg lepas sambut di rumah..
Saya masak2...masak mknan kesukaan dia
Ape2 pun, yg penting masa berdua yg menenangkan
tu adalah penting dan amat berharga
Selalu cuba memberikan yg terbaik
Moga tahun akan datang Hubby berpeluang sambut birthday sbg sorg ayah

Selasa, 3 Januari 2012

Miss 'P' sepanjang tahun 2011

Klik untuk Zoom

Ini adalah perjalanan Miss 'P' sy sepanjang tahun 2011..
Miss 'P' yg ting..tong..kan??

Mcm saya yg ada PCOS...
mcm ni la gayanyer...
Miss 'P' yg kuar pada bulan2 tertentu adalah
 atas bantuan dari memakan Diane

Mane nak carik Kordel's ViteX nih?


Sudah diketahui oleh ramai TTCians...
Kordel Vitex adalah salah satu supplement yg boley merawat PCOS...
Tak tahu la sejauh mane kebekesanannya...
Tapi mmg dah terbukti dengan testimonial di blog2 dan forum2...
Ramai yg suggest, pengambilan Kordel Vitex selama 1-3 bulan
Dapat mendorong sesorg tu conceive...
Per2 pun semua Dengan Izin Allah...
Usaha tu penting....

Ada sape2 leh bg info tak....Kat mane area Seri Kembangan-Kajang
Kat mane leh beli Kordel Vitex nih??
Area opis saya di Menara TM kat Farmasi My Life byk jer supplement Kordel di jual
Tapi Kordel Vitex tak da pulak di jual di situ...
Kat Farmasi Watson Jusco Cheras Selatan pun dah try cari...tp tak da gak...
Farmasi Guardian di KL Sentral pun dah cari, tp tak da jual...
Mane lagik sy tak carik...??
Farmasi di Tesco Kajang pun dah carik, tp x da gak...
Iiiisssshhh..Sedey nye...
Kat mane nak cari lagi nih??? Guardian di Carefour Bdr Tun Hussein Onn pun dah carik...
Tapi tak da gak...??? Frust la...

Plzzz..kengkawan...sape2 da info plz share..

Kat bawah ni adalah salah satu pengalaman dari seseorg yg dah mencuba Kordel Vitex