Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 31 Disember 2012

Warna2 sepanjang 2012

Dear TTC...
Ini adalah entry yg terakhir bagi tahun 2012
Ramai ye yg ala2 flash back story-mory sepanjang 2012
Macam Umaira sepanjang tahun 2012 ini....

Januari...
Gi Darussyifa..Jumpa dengan org kuat2 agama. Berusaha dan ikhtiar dengan rawatan Islam. Minum air yang dijampi. Semoga Allah pekenankan usaha hambaNYA. Dhupaston still on.

Februari
Start pantang kepada makanan yg leh ganggu kesuburan wanita. Elak dari makan jeruk dan makanan yg berunsur soya. Actually soya tak elok utk TTC

Mac
Jumpa gynae..Masa tu baru dapat tahu yg saya ni atara 20% wanita dlm dunia ni yg mengalami retoverted uterus (RU). Masa tu sedih. Balik je terus google pasal RU.
 TVS...buat TVS intai2 telur. Berita gembira sbb dinding rahim saya tebal dan telor pOn besar. Memandangkan sy susah nak jumpa dinding rahim tebal & telor yg besar. 1st time , since buat treatment dgn gynae.

April - Ogos
Masih mengharap...Masa tu dgr ramai TTC yg berjaya pregnant termasuk bff. Hati menangis dan mengadu pada Allah. mungkin rezeki mereka di bulan puasa.

September
PIL mengerjakan haji. Saya kirimkan doa dan buah zuriat je..

Oktober
HSG...syukur semuanye berjalan dgn lancar. Kedua2 tiub saya dalam keadaan baik.

November
Anniversary yg ke 3. Masih mencari double-line.

Disember
Period pertama selepas HSG selama 12 hari. Sgt heavy mcm paip pecah. Barangkali saluran sudah clear tu senang je laluannya.

Ini lah detik2 sepanjang 2012 yg kami lalui begitulah ujian datang menduga. Saya masih lagi berTTC. Mengharap tahun 2013 akan ada cerita yg gembira.Amin~

Jumaat, 7 Disember 2012

Period pertama selepas berHSG

Beberapa hari sebelum itu
perubahan fizikal (hyperhydration).
Sakit breast...
Perut kembung sikit
Pimple tumbuh merata-rata di kulit kepala plus dahi
mengidam ! (craving)
Selera makan membuak-buak
perubahan emosi (depression)
Moody..marah2 sesuka hati
Malas...sampai tahap tak gi kerja
mudah cepat letih (anxiety)
Ada member opis tegur kenapa muka mcm letih je

Tup...tuppp....
Ada brownie di panty liner
Mcm dah nak period
Sy tak leh agak timing period sy **period ding dong kan**

Period pertama selepas berHSG
HSG lepas, 22 Okt yg lalu
Now, on Duphaston
Day 2 to Day 5 , on clomid pulak **dgn dos 50mg x 2**

Tapi yg bestnye period kali ni sy tak senggugut.
Terima kasih Allah kerana kali ini aku tidak menanggung derita senggugut.


Selasa, 4 Disember 2012

Doa Vs Takdir


Salam kawan2...especially TTCian
kalian pernah tertanya2 tak??

Adakah doa dapat mengubah takdir seseorg itu....??
Sedangkan takdir kita telah ditentukan oleh Allah
sejak azali lagi..?

Ada sape2 tahu tak?? **meh bgtau saya**
samada terdengar ceramah ker...
tazkirah ker...
kata ustaz or ustazah ker...
atau, mereka yg tinggi agamanya..

Mungkin sedikit sebanyak pandangan dan komen kalian
dapat menenangkan hati dan perasaan
plus tidak bersyak wasagka yg bukan2..

.....AKU yang mengharapkan Takdir Yang Terindah...