Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 26 Februari 2012

Congrats....Kamu yg dekat tapi jauh~


Syukur Alhamdulillah kepada

She is my friend...
Kawan yg Dekat tapi jauh...
Ya!~ Jauh nun di Terengganu sana 
3 minggu lepas baru jer jumpa **makan2**
masa tu tak tahu lagi dia dah pregnant
Kini usia kandungan dia dah pun 5 minggu

Tahniah Shima...
Pasni boley la kongsi effort kamu
dgn rakan2 TTCians

Jumaat, 24 Februari 2012

Saya malu***blushing***

Crowded Komuter Train

Kejadian ni jadi Jumaat lepas masa balik kerja
Saya yg berbaju kemeja longgar dan berskirt labuh
Balik kerja naik komuter tp gi hubby hantar
Biasa la..semua sedia maklum...
Komuter tersangat la crowded
Kalo dapat masuk tu kira luck la...
Masa tu dah tak kira dapat duduk atau tak
Berdiri pOn berdirilah..
Nak tunggu next tren...
Minta ampunnn...boley patah kaki dibuatnya

Dalam masa berdiri plus crowded tu...
Adalah sorg pempuan muda yg free hair
Bangun dan beri saya tempat duduk...
Pada mulanya...saya kata ''No, thanks'' ** sambil senyum
Tapi bile dia dah kata ''Pregnant kan??''
Ooohhh mannn....malunyerr....**blushing**
Terus saya duduk...sambil senyum dan ucap TQ

Okay, ketika tu baru saya sedar...
Lalu tersengeh di dalam hati sambil sms pd kakak sy
''Saya yg berkemeja longgar dan berskirt labuh
kelihatan seperti seorg perempuan pregnant..''
Nak tergelak tp menahan...

Sampai rumah....
Berdiri depan cermin dan tergelak sendiri....
Nasib hubby tak perasan perbuatan saya tu
Kalo dia terbaca entry sy ni, baru la dia bukak citer kot

Wahai perempuan itu...
Kamu sangat baik hati...
Rezeki saya juga dapat duduk ketika itu..

Rabu, 22 Februari 2012

Adab dan Biadab

Busy cam ni kot~


Kerja tersangat la bz di opis...
Lebih2 lagi kat Financial Department..
WalaupOn stress emosi sy boley handle lagi
Penat tu tak usah ckp la...
Tp masih diizinkan Allah
Dengan tenaga yg ada 
hari2 saya menebar roti jala
Hubby tak nak mkn nasi dan lain2 **on diet**
Melainkan roti jala dan lempeng

Dalam kesibukan di opis...
Adalah si polan ni...
Dah terlampaW stress sgt dgn bos dia
Lalu terkuar la maki-hamun nye
Hasil maki-hamun si polan ni
Secara tak sengaja dah tersentapkan emosi sy
Memang tak leh terima dan tak leh blah la..

Ya..mmg bos si polan tu adalah...
Masih belum dikurniakan anak  
Gemuk..Pendek..

Doreamon yang tak bersalah pOn masuk dalam ini cerita~

Hasil maki-hamun si polan tu adalah berbunyi cam ni
'' Dah la gemOk-pendek...mcm Doreamon...
Patut la..Allah tak bagi anak kat ko...
Kalau ada anak mesti ko suka marah anak ko..
Macam ko marah aku...''

Maki hamun si polan tu kedengaran..
Tu yg membuatkan saya tersentap..
Ya Allah...tak baiknye kata2 yg kuar dari mulut si polan
Kawan2 yg lain berpandang atr satu sama lain

Ingat....Allah tu maha adil
Awk tu pempuan gak...dan belum kawin
Jgn la nak mengata org...Dimana adab kamu?
Apa lah perasaan bos dia ?
bila tahu si polan ni kata cam tu
Sedangkan saya pun sedih..
sentap..sentap..

Entry ini dikongsikan utk mengingatkan atr kita
Walau cam ner sekali pOn kita marah kat seseorg
bab2 begini jgn la sentuh...
Takut ada org sekeliling yg terasa..
Kata2 dan pelakuan kita melambangkan adab kita


Isnin, 20 Februari 2012

Air soya dan sperma...Sejauh mana kebenarannya?


Bff saya seorg TTCians seperti saya gak
Dia ada nasihatkan saya
supaya elakkan minum air soya...
Sbb dia tahu yg saya ni kerap minum soya
katanya air soya boleh mematikan sperma
Saya tny, mane dapat fakta nih?
Dia kata doktor kat tempat dia kerja bagi tahu **KPJ Ampang Puteri**
Tak tahu la mitos atau fakta?

Ada sape2 pernah dengar tak tentang perkara ni??
Plz komen...

Sabtu, 18 Februari 2012

Tak reti nak tolak....Diri owhhh..Diri

Semalam adalah Jumaat....
Dan kat opis lak adalah hari makan-makan sedunia...
Surely, opis mate da bawak jajan...
Jajan yg paling saya tak suka jumpa adalah...
**kalo dah jumpa habis la**

JERUK


Actually...
memang dah lama gile tak jumpa jeruk
Sbb nak avoid kan dari makan
Jeruk ni antara jajan yg saya suka
Tapi tak pernah mengaku kat hubby...

Rasa bersalah pada diri bile makan jeruk
Sbb jeruk tak elok tau...
Untuk golongan TTCians
Tahu-tahu la..akan pembuatannya...
hi sugar-colouring-dan bersifat tajam
Lagi-lagi kalo yg sedang membuat rawatan
Mana tahu kan ubat yg kita makan akan
memberi kesan yg sebaliknya 

Menyesal tak sudah saya dibuatnya..
Masa makan tak beringat
Kenapa la aku tak tolak awal2..?
Kenapa aku tolak masuk mulut?
Diri oh diri...

Wahai diriku,
Maafkan la aku...

Boycott Jeruk~



‎10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

Walaupun saya belum ada anak lagi....

Dan belum da tanda2 ke arah itu..

Tapi saya nak share dengan kawan TTC sekalian...

Tentang....



10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


Ya Allah....
Setiap kesakitan yang ditanggung si ibu
Kau telah menjanjikan balasan pahala yang tinggi..
Subhanaallah...Engkaulah maha pengasih dan penyayang...


Sumber : Shared dari Facebook