Alhamdulillah....
Terlepas hajat selama ni nak buat rawatan n
jumpa sendiri dgn Ustaz Harun Din di Darussyifa'
Untuk makluman,Ustaz Harun Din hanya ada pd hari Selasa shj
Tu pun bergantung pada jadual beliau
Selain hari Selasa, ank murid Ustaz Harun Din yg kendalikan rawatan Islam di Darussyifa'
Okay dengan semangatnyer...
Kuar rumah seawal jam 2.30pagi..bersama Hubby + PIL
sampai kat Darulsyifa' dalam kul 3.00pagi
terus beratur sementara tunggu kaunter bukak jam 5.00pagi
**beratur tp kerusi disediakan oleh pihak Darussyifa'**
Syukurlah.....cuaca pagi td sgt mengizinkan
Tak panas, tak sejuk dan tak hujan...
cuma kawasan perumahan disitu
blackout termasuk di Darussyifa'
Kaunter bukak n beratur **mcm beli tiket wayang**
dapat no. giliran yg ke 17 & 18 **suami-isteri**
Dan diberikn borang utk diisi details n rawatn yg dihajati**iaitu zuriat**
Rawatan start jam 6.30pagi iaitu selepas Subuh
Start masuk bilik rawatan dalam jam 7.15pagi
Sebelum tu dah siap2 beli 2 botol air
Rawatan itu hanya mengambil masa kurang dari 5 minit.
Mungkin ia tidak berbaloi jika dibandingkan dengan
penantian selama 3 jam tetapi kami tidak pernah mengeluh.
Sebaliknya kami amat berterima kasih kepada Ustaz Harun Din
atas peluang bertemu dan berubat dengan beliau
Masa rawatan....
Dua botol air diletakkan diatas riba + rapat ke perut **suami-isteri**
Tangan kami menyilang sambil pegang 2 botol air td **bukak tutup botol**
Ustaz Harun Din membacakan doa buat kami **utk zuriat**
Bacaan doa itu dihembuskan pd 2 botol air **air jampi**
Sambil membaca doa, Ustaz tekan2 perut kami suami-isteri **serentak**
Diakhir rawatan....Ustaz da sebut, InsyaAllah..InsyaAllah..
Per yg kami rasa masa rawatan tu??
Masa doa dibacakan...
Perasaan sebak dihati....air mata dah berlenangan
Hubby kata pun rasa nak nangis
Air dalam botol tu rasa sejuk masa Ustaz menghembuskan bacaan doa
Subhan'Allah~
Air Jampi tadi...
Minum pagi dan malam
Semasa 'bersama' sapukan air jampi dari atas **dahi** hingga dada
Amalkan surah ali-imran iaitu Doa Nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)
Semoga ada sinar baru buat kami~AMIN...AMIN..