Alhamdulillah....
Terlepas hajat selama ni nak buat rawatan n
jumpa sendiri dgn Ustaz Harun Din di Darussyifa'
Untuk makluman,Ustaz Harun Din hanya ada pd hari Selasa shj
Tu pun bergantung pada jadual beliau
Selain hari Selasa, ank murid Ustaz Harun Din yg kendalikan rawatan Islam di Darussyifa'
Okay dengan semangatnyer...
Kuar rumah seawal jam 2.30pagi..bersama Hubby + PIL
sampai kat Darulsyifa' dalam kul 3.00pagi
terus beratur sementara tunggu kaunter bukak jam 5.00pagi
**beratur tp kerusi disediakan oleh pihak Darussyifa'**
Syukurlah.....cuaca pagi td sgt mengizinkan
Tak panas, tak sejuk dan tak hujan...
cuma kawasan perumahan disitu
blackout termasuk di Darussyifa'
Kaunter bukak n beratur **mcm beli tiket wayang**
dapat no. giliran yg ke 17 & 18 **suami-isteri**
Dan diberikn borang utk diisi details n rawatn yg dihajati**iaitu zuriat**
Rawatan start jam 6.30pagi iaitu selepas Subuh
Start masuk bilik rawatan dalam jam 7.15pagi
Sebelum tu dah siap2 beli 2 botol air
Rawatan itu hanya mengambil masa kurang dari 5 minit.
Mungkin ia tidak berbaloi jika dibandingkan dengan
penantian selama 3 jam tetapi kami tidak pernah mengeluh.
Sebaliknya kami amat berterima kasih kepada Ustaz Harun Din
atas peluang bertemu dan berubat dengan beliau
Masa rawatan....
Dua botol air diletakkan diatas riba + rapat ke perut **suami-isteri**
Tangan kami menyilang sambil pegang 2 botol air td **bukak tutup botol**
Ustaz Harun Din membacakan doa buat kami **utk zuriat**
Bacaan doa itu dihembuskan pd 2 botol air **air jampi**
Sambil membaca doa, Ustaz tekan2 perut kami suami-isteri **serentak**
Diakhir rawatan....Ustaz da sebut, InsyaAllah..InsyaAllah..
Per yg kami rasa masa rawatan tu??
Masa doa dibacakan...
Perasaan sebak dihati....air mata dah berlenangan
Hubby kata pun rasa nak nangis
Air dalam botol tu rasa sejuk masa Ustaz menghembuskan bacaan doa
Subhan'Allah~
Air Jampi tadi...
Minum pagi dan malam
Semasa 'bersama' sapukan air jampi dari atas **dahi** hingga dada
Amalkan surah ali-imran iaitu Doa Nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)
Semoga ada sinar baru buat kami~AMIN...AMIN..
Amin... Bestnye dpt jumpa & berubat dgn Ustaz Harun Din :)
BalasPadamCik ♥ Cherry ♥ yg dikasihi,
PadamItulah hajat kami...suami-isteri
wahhh... selamat berjaya umaira... i dh crita kt hubby u p jmpa ustaz harun din. i trus ajak dia p jugak ;)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamInsyallah semoga segalanya dipermudahkan..
BalasPadamLoVEaQshA,
PadamMoga2 Allah mempermudahkan segala urusan utk mendapatkan zuriat...buat kami dan juga kalian semua.AMIN
salam umaira.. salam perkenalan..
BalasPadamzana pun ada pergi sana utk dptkan rawatan bulan 12 hari tu.. but zana pergi petang then hari khamis lak tu.. so dpt jumpa dgn ank murid ustaz Harun Din..
teknik yg digunakan pun sama.. memang air mata nak nangis masa tu.. masa dia tekan perut tu, rasa sebak sangat..
hope ada rezeki utk kita smua yer dear..
Salam Zana Adieyza,
PadamOwwhhh....Zana + Hubby pun dah g yer...
Ok la tu...At least kita berusaha kan?
Tu yg penting~
Bile ingat balik rasa sebak la...
Padamsalam umaira. gud luck ye.
BalasPadamMdm Shara,
PadamSalam to u...
Tq yer...
moga berita baik dari kamu... saya catat ayat surah ali imran utk diri saya...moga ade rezeki InsyaAllah...
BalasPadamsalam eMMe yg dikasihi,
PadamBagus tu mengamalkan surah ali-imran ayt 38.InsyaAllah da rezeki kita semua. Cuma cpt atau lambat~
ermm.. time ustaz Harun Din tgk2 perut tu, dia ade gitau tak nape tak blh mengadnung lagi ke.. dia ade gitau x punca2 ke..
BalasPadamnant ade appointment lagi ke dgn darul syiffa?
**tggu 3 jam, same je kalau gi hospital pun.. hee
Ustaz just bacakan doa...Doa org ulamak dan beriman adalah doa mustajab. tp dgn izin Allah~
BalasPadamInsyaAllah sy akan ke Darussyifa' lagi tp bukan dalam masa terdekta nih..
Yer..sy sanggup tunggu berejam lamanye dalam usaha utk mendapatkan zuriat ni...
oooo... sbb kita pun plan nak gi darul syiffa..tu yg nak tau prosedur camne..
BalasPadamwell, sorry kalau silap paham ayat last tu.. maksud kita xde la lama sgt nak jumpa ustaz.. so, pasal menunggu tu xde hal.. sama jgak gi hospital.. sbb kita wat rawatan dgn HKL.. satu hari kat hospital tu pun dh rase cam xde mende..
heeeee ^^,
bgaimana nk jumpa ustaz harun din secara peribadi?sy punyai masalah amat besar rumit sgt
BalasPadam