Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 12 April 2013

Setakat ni guna Lumiglow

Just nak share dgn kawan2 ttc
Sy adalah salah seorang pengguna Lumiglow
Sepanjang guna Lumiglow tak da alah seperti alegik
Kena rajin minum air secukupnya
Sementara tunggu buat treatment IUI
usaha saya hanya pada Lumiglow


Botol pertama Lumiglow pada 29 Jan 2013

Ketika itu CD20
CD36, period keluar dengan sendiri tanpa pengambilan Duphaston
Petanda baik!~2ww
Mencari waktu2 subur seperti kiraan kebiasaan
Ber'baby dance' sekerapnya
Moga2 ada rezeki

Botol kedua Lumiglow adalah pada 1 April 2013
Hari ni CD58
Period tak keluar2,
UPT dah buat, result -ve
Tipu kalo sy kata tak sedih. Kena terima dan redha

kali ni setiapkali guna Lumiglow terasa senak di perut
Saya ada buat status kat fb kat Admin yg saya beli tu

Status saya bunyi mcm ni :
         " Penggunaan lumiglow botol pertama , period kuar. masuk botol kedua period tak kuar.dah lewat sgt.UPT test dah buat. hasil negetif... macamana ni nak terus guna atau nak ambik ubat turun darah?? "

Admin jawab :
         " pakai berterusan ye hope ada berita gembira apabila menggunakan botol ke-3,ada costumer yang bermasalah sm dgn u all akhr mdapat kesan positif..jgn giveup.. jgn lupa minum air 3 liter n plan waktu subur dgn baik k..semoga berjaya.."

 Buat masa ni saya teruskan juga penggunaan Lumiglow
Sampai habis botol kedua
kalo tak lekat lagi InsyaAllah sy repeat botol ketiga
Itu je la pasal Lumiglow yg boleh sy kongsi
Apa2 nanti sy akan share lagi
Sekian...


2WW: 2 Weeks Wait
   

Ahad, 7 April 2013

Jumpa makcik2 kat kampOng

Salam semua..
Leganya majlis bersama family dah selesai
kan betol...bile kita rasa rindu kat org
secara tak langsung pon org akan rindu kat kita
Hari ni hadiri majlis aqiqah anak maksu sy
dan cukur jambut anak adik sy kat kampong klang
Sampai je rumah maksu, sy disambut oleh
4 org makcik termasuk maksu sy
cara diorg sambut tu mcm diorg ni rindu sgt kat sy
habis peluk2...cium2... bagailah

Biasalah...
bila sesi sekali sekala jumpa ni mcm2 la..
masih tetap menyentuh bab anak lagi
cuma kali ni berbeza sikit caranya
tak da soalan2 yg biasa ditanya tu
yg berbezanya adalah lebih kepada memberi semangat

Makcik pertama...
" eh, ko tahu atieAF tu dah 5 tahun kawin blm ada anak, syukur dia slamat lahirkan anak Januari hari tu..sabar ya..Allah akan bg rezeki pd ko juga nanti"
  dalam hati : syukurlah atieAF dah ada anak. serius mmg aku tak tahu pon berita pasala atieAF. makcik aku mmg advance. agaknya ape usaha atieAF ni ye sehingga berjaya??

Makcik kedua....
"suka betol aku tgk korg suami-isteri dlm fb..happy bahagia je.byk betol aktiviti..jalan2 kuar makan...tgk suami ko masakan ko macam2..special2.. jalan2 makan angin. happy je...nanti ada anak ni mesti ko angkot ank sana sini"
dalam hati : Yaaa, mmg aku & hubee selalu post perkara yg happy2 je dlm fb. gambar2 happy kami. org tgk pon suka.ramai like, ramai bagi komen.kami pon happy.itu jer la kegembiraan kami yg dpt kami ciptakan setakat ni.

Makcik ketiga....
" dengar citer..mak ko kata tak lama lagi ko nak buat IUI.. aku doakan insyaAllah kuasa Allah kembar la ko dpt. mintak2 ape aku ckp ni makbul.sabar dengan ujian Allah ya...ada rezeki juga nanti"
dalam hati : ala..period pon blm datang lagi ni. hari ni pon dah masuk CD54. period mmg ting tong habis

Makcik keempat...
" apa2 kalo nak citer kongsi dgn acik jgn segan silu wasssup je" **sambil usap bahagian belakang**
dalam hati : terharu..rasa nak nangis pon ada. control sungguh. 

Sabtu, 6 April 2013

Bila tiba masa kena balik kampOng

Maksu ada invite sy dlm fb ke Majlis Akikah ank dia
Kebetulan adik sy baru juga melahirkan baby
Maka dengan itu wajiblah pergi
Nak tumpang sekali majlis aqiqah buat sama2
Majlis aqiqah berlangsung pd 7 April jam 11 pagi
Tiba2 hati sy ni mcm2 perasaan
Happy..excited...sbb sy rindu sgt nak jumpa makcik2 yg lain dan sepupu yg sama2 membesar suatu ketika dulu. Dah lama gile tak jumpa diorg since raya 2 tahun lepas.
Pada masa yg sama, perasaan takut tension pon ade
Kalo2 soalan yg sama 2 tahun lepas di tanya balik
Masih terngiyang2 lagi soalan yg biasa tu 
"bila nak ada anak?"

Ya Allah...
Jauhilah aku daripada soalan2 tu lagi
Yang boleh mendatangkan kesedihan hati ini