Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 8 Oktober 2013

Muhasabah diri


Jumaat, 4 Oktober 2013

Salam jumaat, setelah lama menghilang

Salam TTC yg dikasihi
Apa kabar kalian ketika ini??
Ada yg dah berjaya preganat??
Syukur alhamdulillah...Tahniah bg yg dah berjaya. itu rezeki kamu
Yg masih menanti tu, bersabarlah mengadu pada Allah
Berdoa dan terus berdoa...

Ya Allah lama sudah sy tak mengenjuk blog korg

Sedih tu datang bila membaca luahan hati ttc
Sy sisihkan diri buat seketika dari dunia blog ttc kejap
Beralih pada dunia blog kehidupan harian , blog lagi satu
Sekali sekala perlu utk sy bergaul dgn golongan seperti sy
Berkongsi cerita, mendapat maklumat, muhasabah diri

Semoga kita semua ini diberikan kekuatan utk lalui semua ini
Dimurahkan rezeki lain sementara rezeki anak belum dikurniakan lg
Pasti suatu hari nanti akan tiba masa nya



Selasa, 23 Julai 2013

Tak tahu sama ada puasa atau tidak?? **Serius confused **

**Di Ramadan ke EmpatBelas**

Salam Ramadan...
Ada sape2 di antara TTC yg berjaya conceive dlm Ramadan ini??
Jika ada...Tahniah ya..
Dalam fb ICTRBA ramai gak yg berjaya conceive di awal Ramadan hari tu
Sy dapat rasa kegembiraan mereka
Syukur...

Hari ni Umaira tak tahu sama ada puasa atau tidak
confused  sgt2...Tak pernah begini prihal period yg datang dlm masa terdekat
Kawan2 yg pernah alami sila berkongsi dgn Umaira
Bulan Julai ni period Umaira datang pd 3hb Julai 
Betol2 bersih dan suci sehingga 16hb Julai
Tempoh period yg agak lama..14 hari **tak pernah begini**
Ramadan ke 8 baru merasai berpuasa
Sayang tak dapat sambut 1st Ramadan hari tu

Semlm Ramadan ke 13
Masa nak solat Maghrib siap2 ke tandas utk pee
Terkejutnya ada darah period kat panty liner **cpt2 report pd huBee**
Baru 5 hari puasa dah period balik
Sy tak pernah begini jarak period terlalu dekat
Hari ni baru rasa simptom2 mcm org period pOn ada
Senggugut sampai sakit belakang pinggan

Malam td pakai juga pad
Pagi tadi nak sahur tgk dulu pad
Tak da pOn darah period
confused  lagii..
Sehingga ke jam ini sy teruskan berpuasa

Ingin sy kongsikan
Usaha terakhir sy dlm ttc pd 2 bulan lepas yg lalu
Atas penggunaan LumiGlow
Tapi terpaksa stop dari penggunaannya kerana tidak serasi (entry )
Sebelum2 ni pOn period sy tak berapa nak lama
Kadang2 3 hari dah suci...

Plz kawan2...ada sape2 yg pernah alami period dlm jarak terdekat tak??
Mari share dengan saya...
Adakah jarak period sebelum ini dgn darah yg keluar ini dikategorikan sebagai period??
Saya takot jika itu adalah penyakit!

Selasa, 9 Julai 2013

Ramadan 2013 Bakal Dirasai **tak sabar**

Ramadhan kembali...
Syukurnye dapat berpeluang menjalani ibadat puasa tahun ini
Ya Allah...semoga ada rezeki buat kami yg masih TTC ini

Esk dah puasa **jgn lupa niat**
Macam tak berpeluang nak sambut 1st Ramadhan
Hari ni D7 tp masih heavy lagi **Miss P**

Last week kami husband n wife restock makanan dalam fridge n kabinet
Wahhh..penuh luar biasa
Setiap kali menjelang Ramadan dapur rumah sy sgt berfungsi
Awal2 pagi dah berasap
Ingat yer menyediakan makanan utk org berpuasa ni besar fadhilatnya
So, rebut2 la peluang ni ..lagi2 masakan utk suami

Last week, segala bawang..cili dah siap blend masuk dlm tupperwear cantik2
Nanti bgn sahur awl pagi senang main cedok je..then tumis
Semoga kerajinan sy ni akan berterusan hingga habis Ramadan
Kita yg isteri ni kadang2 jadi bingung
Menu ape nak disediakan
Dah siap2 list lauk2 yg mudah utk disediakan
Hubee pOn ada belikan buku resepi
Padahal byk je buku resepi
tp nak khusus utk juadah Ramadan dia pon belikan gak
Sbb dia tahu, isteri dia ni suka kumpul buku resepi

Time berbuka...
Memandangkan opis sy ni tak da toleransi nak balik kul 4.30 petang
Maka dgn itu redha je lahh... **nak bantah mmg tak da makna**
Nak tak nak kul 5.00 petang cun2 dah siap tumb print
Sampai rumah dlm 6.30 petang
Aktiviti paling teruja adalah membeli juadah berbuka di pasar Ramadan
Sy ni kalo berbuka puasa mmg tolak nasi 100%
No. 1 yg di cari adalah air teh bunga dan kuih popiah basah **tu je**
Pasti!!! Esk 1st Ramadan kita leh lihat
ramai sekali yg excited nak memenuhkan tangan kiri-kanan
Dgn juadah berbuka nanti , biasa la 1st Ramadan kan **paham2**

Tanam niat dalam hati
Mengerjakan solat terawih samada di surau bawah rumah atau di rumah
Tak per..niat n semangat tu penting

Buat blogger semua..
Salam Ramadan. Andai ada tersalah & terkasar bahasa harap dimaafi.
Jangan lupa niat puasa...pastu minta maaf pada suami, mak ayah kita dan keluarga dan org sekeliling kita
Selamat berbuka 

Isnin, 24 Jun 2013

Sy dah stop 100%



Salam…

Ada yg bertanya pada sy melalui emel denganizinallah@gmail.com dan juga secara tak langsung melalui komen2 di entry yg berkaitan bertanyakan pasal perkembangan sy setakat ni guna Lumiglow macam mane?? Meh saya terus jawab kat sini jer ya…

Penggunaan botol pertama di hujung Januari 2013. Utk botol pertama ni rasa mcm biasa je…pakai2 tak da kesan sampingan pOn. Cuma bila tiba time period baru perasan tiada lagi senggugut. Period dtg pon on the dot. ItupOn dah cukup Happyyyy….

Then, bersambung dgn botol kedua, penggunaan seperti biasa. Cuma kali ni terjadinya kesan sampingan seperti yg diperkatakan org, sebelum ni sy tak dapat bayang n mcm tak percaya…kali ni kegatalan menyerang sy!~ Bukan setakat gatal tapi tumbuh bintat oiiiiii, besar2 lak tu. Bila tak dapat ditanggung lagi terpaksa jumpa doktor. Mcm biasa la, doctor akan tanya punca sebenar. Then, citer la perkara sebenar2nye tentang pengambilan Lumiglow sejak sebulan yg lepas lagi. Disebabkan bintat n kegatalan tu nampak mcm kronik di mata doctor, terpaksa kena tahan hospital. Nasib sehari je.. Sy rasa sengaja je tau doctor KPJ Kajang ni tahan2 wad pasal bintat n gatal sy ni. Sengaja je tau…! Nak suruh huBee sy bayar bil la tuh!~ Syukur masa tu weekend senang sikit urusan kami. 

Actually, bukan saje2 je kena tahan wad rupanya… Doktor ambik sample darah pastu hantar makmal. Daripada result doctor nasihatkan stop dari penggunaan LumiGlow. Benda tu dah  resap pada kulit then bukan kita tahu ia dah sama sekali resap dalam darah. Dan mungkin ada perkara yg kita tak tahu, bukan semua produk sesuai dgn semua org kan…?? Atas nasihat doctor, sy stop 100%. Can not go…Sorry LumiGlow.

Terima kasih pada yg bertanya melalui emel dan entry2..Ok dah terjawab sudah. Acatually, tak mau ler bercerita sgt, takot org yg sedang guna ni timbul rasa takot lak.. Kepada yg okay teruskan, kepada yg dah mengalami seperti sy boleh share.

Jumaat, 21 Jun 2013

Kini aku mengerti...terima kasih kawan

Luahan hati ini
Kini baru ku mengerti
Apa ertinye kawan..

Dalam seribu kawan yang kita ada
Mungkin hanya ada satu-dua yang memahami kita, 
dan sentiasa bersama kita dikala kita susah atau senang
Tak kira waktu dikala bahagia mahupOn duka


Dikala kau bahagia dikurniakan nikmat Allah yg sementara ini
Tatkala aku kesedihan...
Kesedihan yg pernah kau rasai dulu bersama2
Terkesan dihati pabila diketepikanmu..dan dilupakanmu
Tiada lagi janji itu 
''sentiasa bersama kita dikala kita susah atau senang''

terima kasih kawan...   
Semoga kau bahagia dgn kurniaan Allah yg satu itu
Dari jauh aku memohon doa semoga selamat dari awl hingga akhir

Ahad, 16 Jun 2013

Hari Bapa ini

hallo...
Hari ni adalah Hari Bapa
Tadi sempat wish pada bapa sendiri
Mmg penuh news feed kat fb
Kawan2 sebaya semua sambut Hari Bapa utk meraikan suami diorg bersama anak

Semasa entry ni di buat..
Sambil berkata , bila la agaknya suamiku akan bergelar seorg bapa kpd anak2nya.
Mau mengalir air mata ni kann...


Khamis, 6 Jun 2013

Trust HIM


trust Him

Jumaat, 12 April 2013

Setakat ni guna Lumiglow

Just nak share dgn kawan2 ttc
Sy adalah salah seorang pengguna Lumiglow
Sepanjang guna Lumiglow tak da alah seperti alegik
Kena rajin minum air secukupnya
Sementara tunggu buat treatment IUI
usaha saya hanya pada Lumiglow


Botol pertama Lumiglow pada 29 Jan 2013

Ketika itu CD20
CD36, period keluar dengan sendiri tanpa pengambilan Duphaston
Petanda baik!~2ww
Mencari waktu2 subur seperti kiraan kebiasaan
Ber'baby dance' sekerapnya
Moga2 ada rezeki

Botol kedua Lumiglow adalah pada 1 April 2013
Hari ni CD58
Period tak keluar2,
UPT dah buat, result -ve
Tipu kalo sy kata tak sedih. Kena terima dan redha

kali ni setiapkali guna Lumiglow terasa senak di perut
Saya ada buat status kat fb kat Admin yg saya beli tu

Status saya bunyi mcm ni :
         " Penggunaan lumiglow botol pertama , period kuar. masuk botol kedua period tak kuar.dah lewat sgt.UPT test dah buat. hasil negetif... macamana ni nak terus guna atau nak ambik ubat turun darah?? "

Admin jawab :
         " pakai berterusan ye hope ada berita gembira apabila menggunakan botol ke-3,ada costumer yang bermasalah sm dgn u all akhr mdapat kesan positif..jgn giveup.. jgn lupa minum air 3 liter n plan waktu subur dgn baik k..semoga berjaya.."

 Buat masa ni saya teruskan juga penggunaan Lumiglow
Sampai habis botol kedua
kalo tak lekat lagi InsyaAllah sy repeat botol ketiga
Itu je la pasal Lumiglow yg boleh sy kongsi
Apa2 nanti sy akan share lagi
Sekian...


2WW: 2 Weeks Wait
   

Ahad, 7 April 2013

Jumpa makcik2 kat kampOng

Salam semua..
Leganya majlis bersama family dah selesai
kan betol...bile kita rasa rindu kat org
secara tak langsung pon org akan rindu kat kita
Hari ni hadiri majlis aqiqah anak maksu sy
dan cukur jambut anak adik sy kat kampong klang
Sampai je rumah maksu, sy disambut oleh
4 org makcik termasuk maksu sy
cara diorg sambut tu mcm diorg ni rindu sgt kat sy
habis peluk2...cium2... bagailah

Biasalah...
bila sesi sekali sekala jumpa ni mcm2 la..
masih tetap menyentuh bab anak lagi
cuma kali ni berbeza sikit caranya
tak da soalan2 yg biasa ditanya tu
yg berbezanya adalah lebih kepada memberi semangat

Makcik pertama...
" eh, ko tahu atieAF tu dah 5 tahun kawin blm ada anak, syukur dia slamat lahirkan anak Januari hari tu..sabar ya..Allah akan bg rezeki pd ko juga nanti"
  dalam hati : syukurlah atieAF dah ada anak. serius mmg aku tak tahu pon berita pasala atieAF. makcik aku mmg advance. agaknya ape usaha atieAF ni ye sehingga berjaya??

Makcik kedua....
"suka betol aku tgk korg suami-isteri dlm fb..happy bahagia je.byk betol aktiviti..jalan2 kuar makan...tgk suami ko masakan ko macam2..special2.. jalan2 makan angin. happy je...nanti ada anak ni mesti ko angkot ank sana sini"
dalam hati : Yaaa, mmg aku & hubee selalu post perkara yg happy2 je dlm fb. gambar2 happy kami. org tgk pon suka.ramai like, ramai bagi komen.kami pon happy.itu jer la kegembiraan kami yg dpt kami ciptakan setakat ni.

Makcik ketiga....
" dengar citer..mak ko kata tak lama lagi ko nak buat IUI.. aku doakan insyaAllah kuasa Allah kembar la ko dpt. mintak2 ape aku ckp ni makbul.sabar dengan ujian Allah ya...ada rezeki juga nanti"
dalam hati : ala..period pon blm datang lagi ni. hari ni pon dah masuk CD54. period mmg ting tong habis

Makcik keempat...
" apa2 kalo nak citer kongsi dgn acik jgn segan silu wasssup je" **sambil usap bahagian belakang**
dalam hati : terharu..rasa nak nangis pon ada. control sungguh. 

Sabtu, 6 April 2013

Bila tiba masa kena balik kampOng

Maksu ada invite sy dlm fb ke Majlis Akikah ank dia
Kebetulan adik sy baru juga melahirkan baby
Maka dengan itu wajiblah pergi
Nak tumpang sekali majlis aqiqah buat sama2
Majlis aqiqah berlangsung pd 7 April jam 11 pagi
Tiba2 hati sy ni mcm2 perasaan
Happy..excited...sbb sy rindu sgt nak jumpa makcik2 yg lain dan sepupu yg sama2 membesar suatu ketika dulu. Dah lama gile tak jumpa diorg since raya 2 tahun lepas.
Pada masa yg sama, perasaan takut tension pon ade
Kalo2 soalan yg sama 2 tahun lepas di tanya balik
Masih terngiyang2 lagi soalan yg biasa tu 
"bila nak ada anak?"

Ya Allah...
Jauhilah aku daripada soalan2 tu lagi
Yang boleh mendatangkan kesedihan hati ini

Jumaat, 29 Mac 2013

Hati saya rapuh bila diperlaku begini

Salam kawan2...
Di kepetangan hari Jumaat
Saje2 untuk balik lewat **dah minta izin huBee**
Tak per esk Sabtu..cuti- boley- balik- lewat
LagipOn time2 cam ni tren komuter sgt sadin

2 minggu tak masuk opis **seronok**
sebab ade wedding adik ipar  dan bersambung dgn kursus

 Sebenarnya sy ade tragedi yg menyentap hati
Menyentap hati sewaktu wedding adik ipar
Sedih terasa diri ini di buli...
Sayalah Kak Long apabila di kalangan biras/ipar **belah suami**
walaupon pada hakikatnya sy lebih muda 2 tahun dari mereka
Dalam family suami sy je belum ade zuriat
Disebabkan kekurangan sy ni
Anak adalah penyelamat mereka dari membuat kerja2 semasa kenduri
**packing doorgift, rebus telor, berpanas bawah kemah bagi doorgift**

Ya Allah...
          ''Semuanye aku!!''

Actually, anak diorg tak da pon buat hal...
Baik jer duduk kat hall rumah...Dalam bilik...
Yg diorg sibuk nak dukung anak buat hape??
Budak kecik tu tak mintak pon utk di dukung 24 jam
Si anak pon naik rimas di dukung kehulu ke hilir
Sebelum ni sy tgk ank diorg lepas je bermain
Memang saje kan time kenduri org tgh ramai pulak
nak mengelak2 dari buat kerja2 tu semua
Jadinyee...muka ni je la yg kena control 4 khemah handle doorgift
Gile panas bawah khemah
Sampai migrain di buatnye
HuBee lak bz sambut tetamu sbb dia Abang Long

Ya Allah...
        " Aku tak tahan sbb kepale dah naik pening...panas barangkali..., aku mmg ade migrain '' **3jam bawah khemah yg panas**


Lantas meninggalkan khemah
Lantak la pasal doorgift **halal la tetamu yg tak dapat**
Menangis dalam bilik air...
Nangis sepenuh hati...**teresak2**
Serius mmg tak tahan time tu **mengadu pada Allah**
Bila tak tahan, sy mengadu pada kawan di fb
Terkeluar la statement seperti ini
Bile perasaan sedih dah reda sikit
Selepas menagis sepenuh hati
Saya keluar dari bilik air
Tengok kat khemah  tetamu dah mulai surut
Tak da sape pOn yg nak take over kerja2 bagi doorgift
Ipar/biras masih tak nak mengalah
walaupon diorg perasan keadaan sy masa tu
Last2 sy duk berehat je kat sofa
Tak kuasa nak sambung kerja
Sampai kesudah tak da sape nak take over
Teruk kan!~

Mak mertua sy citer..
Doorgift ade lebih dalam 200 pcs
sebelum tidor sy citer hal ni pd huBee
Sambil citer mengalir lagi air mata ni buat kedua kalinya
HuBee pon geram je dengan biras/ipar
Dia kecian tgk sy sebenarnya
Tapi huBee cakap, diorang tu memang tak patut!~
Malam tu terlelap dgn sendirinya dalam dakapan suamiku yg tercinta

.............Habis cerita sedih.................

Esok harinya adalah hari Isnin
Masih berada di kampung
Kebetulan hari itu adalah hari melapor diri utk kursus di IPN, Sabak Benam
Dekat jer Teluk Intan - Sabak Benam dalam sejam je
Kursus kali ni saya ajak huBee sbb dia dah apply cuti **seronok lagi**
Dapat 1 bilik **3D 2N**
Boley la berehat setelah penat kenduri kendara
Pastu feeling2 honeymoon
Tempat penginapan setaraf hotel. Stay 3 hari 2 malam. Makan 6 kali sehari.
Layan sunset tepi Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) .Kan sy kata, dah feeling macam org honeymoon. Heaven~
Lepak kat taman IPN sebelum masuk tdo
Sebelum balik KL singgah dulu makan Nasi Ambeng kat Warung Ibu.

Isnin, 11 Mac 2013

first @ppointment dalam tahun 2013

1st appoinment dlm thn 2013

**update sepantas boley sbb  jam kul 5.15 petang**

Salam...korang semua pekabar??
Yer..saya mengaku dah lama tak update blog, hehehehehe...
Sy sangat sibuk sebab sekarang tengah musim audit
Sebelum memulakan kerja sy akan blogwalking ke blog kalian
Kalo sempat mmg tinggalkan komen sbb **sy sayang korang**

Nak bagi tahu...
Esok 12.03.2013-jam 2 petang-UPM's gynae
adalah 1st appointment dalam tahun 2013  

Menanti hari esok...



Sabtu, 2 Februari 2013

Botol pertama : Dah start guna LumiGlow

Salam kawan2 seperjuangan
Sebelum ni sy ade tanya pendapat kalian  pasal penggunaan LumiGlow kan di entry **katanya....lumiglow tu bagus**
LumiGlow yg sy order kat kak Safra @Senang hamil dah pOn selamat diterima
Just nak share...harga terkini Lumiglow adalah $198 sebotol termasuk kos penghantaran
Sy order smp 3 botol **kwn tumpang sekaki*
then, jatuh la harga sebotol $190

Balik rumah baca manual sama2 dgn huBee
Pas mandi solat maghrib dah start sapu kat bwh pusat **29 Jan 2013**
Sambil selawat n berdoa




Rabu, 30 Januari 2013

Sharing is Caring | kawan guna LumiGlow


Hallo...
Ada saya cerita bff sy berjaya pregnant dgn usaha dia menggunakan LumiGlow
Sy ada msg kak Safra @Senang Hamil  dan buat satu statement
Statement dari sy yg dishare @Senang Hamil

Jumaat, 25 Januari 2013

Katanya...LumiGlow tu bagus...

Try google LumiGlow...
Macam2 web keluar byk gak dpt info

Seblm ni pernah dengar/tahu krim LumiGlow
tp pandang sebelah mata je
maybe hati blm terbuka nak try
banyak ye testimoni dari pengguna LumiGlow
Alhamdulillah...Dengan Izin Allah
krim LumiGlow tu mungkin salah satu penyelesaian kpd TTC

Saya...
baru terbuka hati nak beli
daripada harganya murah $155...
sampai la dah naik harga .harga terkini adalah $198
Beli dgn Kak Safra @Senang Hamil

Macam mane leh terbuka hati??
Bff saya, 6 tahun berTTC
Last treatment dia adalah laparoscopy
Since dari treatment tu, dia dah tak follow up dgn gynae
Senyap2 dari pengetahuan sy dia try LumiGlow **mmg ada sbb tersendiri**
Botol pertama...mungkin tak da ape2 kesan
Botol kedua....sama juga
Botol ketiga...alhamdulillah Dengan Izin Allah, disahkan pregnant
Biasalah...bile ada org terdekat dengan kita guna sesuatu produk tu dgn berkesan
baru la kita rasa percaya dan yakin.
Apa2 pOn yg berlaku dengan izin Allah.


Korang yg TTC dah/akan guna LumiGlow??
sudi kongsi pengalaman dengan saya....
atau ade kenalan yg terdekat guna then berjaya
atau korg sendiri yg berjaya....
Wallahualam bi shawab

Info details leh baca kat sini <<

Salam Jumaat

Salam Jumaat...di pagi yg indah
Cuaca pagi yg dingin
Kedengaran bunyi titisan hujan
Disulami bunyi kenderaan di Federal Highway
Opis sunyi..comfirm ramai yg cuti
Memandangkan semlm cuti Maulidur Rasul
Esk pulak Sabtu...pastu leh melantun2 cuti sampai ke nxt week
Tenangnye suasana di opis....

**mari berblogging**





Facebook @Ingin Cahaya Mata Tapi Rezeki Belum Ada

Alhamdulillah....
Banyak dh kan sekarang ni ada ruangan khusus buat TTC
utk meluah perasaan dan berkongsi info
Salah satu nye adalah blog2 kalian **tq blogger**
Fb pon ada...@Ingin Cahaya Mata Tapi Rezeki Belum Ada
Kalo Astro buat satu rancangan khusus utk TTC kan best
Actually, saya baru je join group di fb ni
Itu pon ada member opis yg bgtau
TTC mcm kita ni kalo boleh jgn bersendirian
Luahkan ape yg terpendam... **byk kebaikannya**
Dengan meluah InsyaAllah akan tenang




Isnin, 14 Januari 2013

Perlukah bersedih???

Perlukah sy rasa sedih..??
Bila dengar ada lagi TTC yg dah berjaya pregnant~
Lagi2 org yg terdekat dan rapat dgn kita

Diriku...
Sedih tidak bererti...sy dengki
Sedih tidak bererti...sy benci akan berita dia
Sedih tidak bererti..sy tidak dapat terima hakikat
Sedih tidak bererti...sy mempertikaikan takdir dia
Sedih tidak bererti...sy telah putus asa

Hatiku
Kesedihan sy...kerana hati tersentuh
Kesedihan sy...pasti kalian merasa bila ditempat saya
Kesedihan sy...siapa yg pernah mengalaminya
Kesedihan sy...hamya Allah saja yang tahu

Suamiku....
Terima kasih...dikau sentiasa disisiku
Terima kasih...dikau sentiasa memujuk kesedihan ini
Terima kasih...dikau sentiasa memahami emosi ini
Terima kasih...dikau sentiasa menyokongku
Terima kasih...dikau bersama2 sabar dengan ujian ini

Rayu hati....Janganlah bersedih...

Bersungul sbb period

Dear TTC...
Period saya datang lagi...
Kali ini sy bersungul..
Kerana...sy sentiasa doa, di awal  2013 sy akan pregnant
Tapi...doa sy belum dimakbulkan Allah
Redha....terus berdoa..dan berdoa...

Hari ni adalah D4 sy berperiod
Sama seperti bulan seblmnya **on Duphaston plus clomid**
Menjadi kebiasaan seblm period...Sakit breast dan kepale
Dah jangka..seminggu pastu period.



Isnin, 7 Januari 2013

Happy New Year 2013

TTCians...
Happy New Year 2013....
Mari mencipta warna warni sepanjang tahun ini
Semoga ada cerita2 gembira yg bakal menyusul