Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 25 Mei 2012

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang


Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

Ahad, 13 Mei 2012

Pujuk hati..Pujuk Iman..

Salam...
Hai kawan2 TTC yg dikasihi
Ape kabar kamu? Mcm mane perkembangan kamu?
Lately, sy jarang beronline **bz di opis**
InsyaAllah sy akan dtg menjengah entry kamu2 yg dh terlepas

Terasa lama tak citer perkembangan terkini sy
Sedia maklum, last sy jumpa gynae pd  13 Mac 2012
Masa tu perkembangan 1 ovum sy sgt baik
dan masa tu juga HSG sy dibatalkan keesokan harinya
Pengharapan sy terlalu tinggi
Berdoa dan berdoa agar masa itu akan tiba

Sewaktu 4 minggu sy kelewatan period
Hati dah mula memikirkan sesuatu
Pelbagai pertanyaan dlm hati
Bile terasa sakit di perut dan berdenyut2
sy beranggapan dan tertanya2
 ''mcm ni ker tanda awal2 pregnant''

UPT masih belum di uji **nak tgg 5 minggu**
Dalam masa yg sama
Saya berhati2 dan tak buat kerja2 berat
Kerja rumah semua huBee buat
Cuma sy ada long distance jalan2 ke Penang **end of April**

Nk cakap pasal mimpi...
Saya tak mimpi per2
Tapi...
HuBee mimpi sy muntah2
Bff sy yg TTC kat opis pOn mimpi sy pregnant
Mimpi huBee n BFF  menguatkan lagi anggapan sy tu

Sewkt 5minggu sy kelewatan period**tiba ms utk uji UPT**
Masa tu 1 Mei 2012 **cuti Labor Day**
Saat2 yg mendebarkan utk sy pagi itu
UPT telah di uji **1 line jer**
Sedihnya hati ni
HuBee tak tahu lagi perkara ni

Keesokan hari
Sy ngadu kat Bff sy **sedih sgt**
Dia kuatkan semangat sy kembali
Dia kata try lagi, tgg seminggu lagi

10 Mei 2012 , sy uji semula
UPT menunjukkan 1 line jugak
Ya Allah...harapan aku terlalu tinggi
Rasa mcm nak meroyan pOn ada
Lalu bercucuran air mata tanda kesedihan
Tapi cepat2 pujuk hati , pujuk iman

UPT yg di uji...dua-dua 1 line jer
Wahai diri...
Pujuk hati ini..pujuk iman ku ini...
ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,
tapi DIA memberi apa yang kita perlukan.
Kadang-kadang kita rasa kecewa,sedih,terluka,
Tapi jauh diatas sana
DIA sedang mengatur yang TERBAIK UNTUK KITA
Kita merancang
Allah juga merancang
...tetapi
perancangan Allah lebih baik untuk kita

Ya Allah...

Umaira : Now, sy tak sure per status sy skrg? Period tak kuar , UPT negetif. Jumpa doktor?? utk double check...sy takut sy bertambah merOyan lagi.Aaarrgghhh....

Di Hari Ibu ini **Hati menangis**


Selamat Hari Ibu
buat ibu-ibu diseluruh dunia
bakal-bakal ibu...
tidak lupa juga kpd bapa2 yg memikul tanggungjawab sebagai ibu

Disudut hati ni
Aku menangis...
Aku bertanya pada diri
Bila agaknya aku akan begelar seorang ibu
Ya Allah...

Jumaat, 4 Mei 2012

Congratz to A*nya


Syukur kehadrat Illahi....
Saya tumpang gembira
sorg lagi sahabat TTC kita doanya dimakbulkan Allah
Congratz pada A*ny
http://kisahkasehkehidupan.blogspot.com/2012/05/alhamdulillah-makbul.html#comment-form
Semoga semuanye selamat dari awal hingga akhir