Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 8 Julai 2014

Period dah...alhamdulillah turun semulajadi

Update pantas..sebab bz dengan tugas di pejabat

Last weekend, bendera jepun sudah mari da...
Maka dengan itu, sy bakal menggantikan puasaku
Alhamdulillah..period kali ni tak perlu makan ubat turun darah
Macam biasa..senggugut tetap ada
Tuam pakai bantal panas sudah memadai
Sebenarnya lebih baik period turun secara semula jadikan..

Harapan pada diri...
Biarlah period2 ku akan datang turun setiap bulan dgn sendirinya spt skrg
Now, sedang on clomid utk D2 - D6 selama 5 hari period


Isnin, 30 Jun 2014

Khasiat Janggut Suami


Khasiat Janggut Suami

Artikel dikongsi dari facebook:

Khasiat janggut... sila baca Sapa2 yg suami ada janggut...bca
ni yerr...Yg suami x ada janggut pun baca jugaa..Bila bca
ni...mesti suruh suami bela janggut...  

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi
bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak
lebih seribu tahun dahulu.Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang
doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang
pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang
sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul
gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh
lebih hebat daripada itu.Menurutnya, kajian oleh
saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika
Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body
mendapati janggut lelaki mengandungi hormon
testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan
wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan
pertumbuhan telur wanita


SUBHANALLAH!Caranya bagaimana?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa
yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun
jarang anak dan mahu dirapatkan lagi,
mintalah suami simpan
janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.Ini sekali
gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam,
boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan
kelebihannya.Wa llahualam.  


RASULULLAH SUKATENGOK LELAKI BERJANGGUT WALAU SEHELAI..
Pada Zaman Rasulullah..ada seorg lelaki yg berjanggut 2 helai dtg ke masjid
dan masa mengambil wuduk..lelaki tersebut memandang Rasulullah..Ras
ulullah pun senyum kpd lelaki itu..lelaki itu hairan mungkin
Rasulullah senyum kerana janggut lelaki itu hnya 2 helai di
dagu.. Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke
masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak
dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman
tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada
lelaki tersebut… Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan
pertanyaan kepada Baginda… “Wahai Rasulullah mengapa hari
ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini? ” Lalu
Baginda menjawab” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-
rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi
apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi
malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat.."
 

# Simpan la janggut ye kaum Adam.. its Sunnah right??"Hasbi
Rabbi Jalallah..Maafi Qalbi Ghairullah..Nur Muhammad
Salallah.. Laa ilaa ha ilallah 3xMuhammadur Rasullullah" ....
sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan
Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke
Atas Nabi Muhammad S.A.W ....Mulai hari ni isteri2
rajin2 lah belai si suami...slmt berjanggut sebarkan kebaikan

Salam Ramadhan di tahun 2014

Salam Ramadha
Syukur alhamdulillah diberikan kesempatan ini berada di bulan Ramadhan
Bersihkan hati , tenangkan jiwa
Semoga bulan keberkatan ini memberi 1001 erti buat kita semua


Apa kabar kalian semua yg masih berTTC??
Ada berita baik sila kongsi ya..

Ya Allah berbulan2 lamanye tak menjenguk ke blog ku yg satu ni
Last update bulan Oktober 2013
Bila bukak..banyaknye komen sedang menanti utk pengesahan admin
Mmg sy akui sy telah mengabaikan blog TTC sy ni
Andai ada yg rindu dgn entry sy, sy minta maaf sgt2

Bagaimana perkembangan sy selama sy manghilang?
Masih belum menerima berita gembira lagi
Dalam perut ni masih ''kosong''
Setiaphari kami berdoa semoga ada zuriat didalam kandunganku

Usaha hingga ke hari ini adalah
Debunga kurma...yg diberikan oleh kawan ibu yg pulang dari umrah
Semoga doa seorg ibu juga dapat memakbulkan impian kami

Dah tak jumpa lagi doktor gomen..dah tak followup dah dgn doktor gomen
sebab mereka pon dah kata usaha terakhir dan peringkat terakhir adalah IVF
Jika IVF tidak menjadi, apakah usaha yg lain?? Aku redha...
Nak bagi telan ubat yg sama je sampai bila kan...dah 3 tahun mkn ubt hospital
Badan ni dah terlampau banyak drug

Seriusly, sy mmg dah lama tak menangis seperti dulu
apabila mengenangkan ttg nasib yg belum dikurniakan zuriat
Sy sedang menyibukkan diri dengan ''kerja''
Jika dulu selalu duk kenang perkara2 yg mendatangkan kesedihan hati
Alhamdulillah sejak sy berniaga, rezeki tak pernah2 putus
Walaupon sy hanya berniaga secara online
InsyaAllah duit keuntungan yg diperolehi akan digunakan utk membantu org,
memberi duit poket kpd kedua org tua ku...membantu ekonomi keluarga..
dan sebagai tabung IVF ku di masa akan datang jika sudah bersedia


Selasa, 8 Oktober 2013

Muhasabah diri


Jumaat, 4 Oktober 2013

Salam jumaat, setelah lama menghilang

Salam TTC yg dikasihi
Apa kabar kalian ketika ini??
Ada yg dah berjaya preganat??
Syukur alhamdulillah...Tahniah bg yg dah berjaya. itu rezeki kamu
Yg masih menanti tu, bersabarlah mengadu pada Allah
Berdoa dan terus berdoa...

Ya Allah lama sudah sy tak mengenjuk blog korg

Sedih tu datang bila membaca luahan hati ttc
Sy sisihkan diri buat seketika dari dunia blog ttc kejap
Beralih pada dunia blog kehidupan harian , blog lagi satu
Sekali sekala perlu utk sy bergaul dgn golongan seperti sy
Berkongsi cerita, mendapat maklumat, muhasabah diri

Semoga kita semua ini diberikan kekuatan utk lalui semua ini
Dimurahkan rezeki lain sementara rezeki anak belum dikurniakan lg
Pasti suatu hari nanti akan tiba masa nya



Selasa, 23 Julai 2013

Tak tahu sama ada puasa atau tidak?? **Serius confused **

**Di Ramadan ke EmpatBelas**

Salam Ramadan...
Ada sape2 di antara TTC yg berjaya conceive dlm Ramadan ini??
Jika ada...Tahniah ya..
Dalam fb ICTRBA ramai gak yg berjaya conceive di awal Ramadan hari tu
Sy dapat rasa kegembiraan mereka
Syukur...

Hari ni Umaira tak tahu sama ada puasa atau tidak
confused  sgt2...Tak pernah begini prihal period yg datang dlm masa terdekat
Kawan2 yg pernah alami sila berkongsi dgn Umaira
Bulan Julai ni period Umaira datang pd 3hb Julai 
Betol2 bersih dan suci sehingga 16hb Julai
Tempoh period yg agak lama..14 hari **tak pernah begini**
Ramadan ke 8 baru merasai berpuasa
Sayang tak dapat sambut 1st Ramadan hari tu

Semlm Ramadan ke 13
Masa nak solat Maghrib siap2 ke tandas utk pee
Terkejutnya ada darah period kat panty liner **cpt2 report pd huBee**
Baru 5 hari puasa dah period balik
Sy tak pernah begini jarak period terlalu dekat
Hari ni baru rasa simptom2 mcm org period pOn ada
Senggugut sampai sakit belakang pinggan

Malam td pakai juga pad
Pagi tadi nak sahur tgk dulu pad
Tak da pOn darah period
confused  lagii..
Sehingga ke jam ini sy teruskan berpuasa

Ingin sy kongsikan
Usaha terakhir sy dlm ttc pd 2 bulan lepas yg lalu
Atas penggunaan LumiGlow
Tapi terpaksa stop dari penggunaannya kerana tidak serasi (entry )
Sebelum2 ni pOn period sy tak berapa nak lama
Kadang2 3 hari dah suci...

Plz kawan2...ada sape2 yg pernah alami period dlm jarak terdekat tak??
Mari share dengan saya...
Adakah jarak period sebelum ini dgn darah yg keluar ini dikategorikan sebagai period??
Saya takot jika itu adalah penyakit!

Selasa, 9 Julai 2013

Ramadan 2013 Bakal Dirasai **tak sabar**

Ramadhan kembali...
Syukurnye dapat berpeluang menjalani ibadat puasa tahun ini
Ya Allah...semoga ada rezeki buat kami yg masih TTC ini

Esk dah puasa **jgn lupa niat**
Macam tak berpeluang nak sambut 1st Ramadhan
Hari ni D7 tp masih heavy lagi **Miss P**

Last week kami husband n wife restock makanan dalam fridge n kabinet
Wahhh..penuh luar biasa
Setiap kali menjelang Ramadan dapur rumah sy sgt berfungsi
Awal2 pagi dah berasap
Ingat yer menyediakan makanan utk org berpuasa ni besar fadhilatnya
So, rebut2 la peluang ni ..lagi2 masakan utk suami

Last week, segala bawang..cili dah siap blend masuk dlm tupperwear cantik2
Nanti bgn sahur awl pagi senang main cedok je..then tumis
Semoga kerajinan sy ni akan berterusan hingga habis Ramadan
Kita yg isteri ni kadang2 jadi bingung
Menu ape nak disediakan
Dah siap2 list lauk2 yg mudah utk disediakan
Hubee pOn ada belikan buku resepi
Padahal byk je buku resepi
tp nak khusus utk juadah Ramadan dia pon belikan gak
Sbb dia tahu, isteri dia ni suka kumpul buku resepi

Time berbuka...
Memandangkan opis sy ni tak da toleransi nak balik kul 4.30 petang
Maka dgn itu redha je lahh... **nak bantah mmg tak da makna**
Nak tak nak kul 5.00 petang cun2 dah siap tumb print
Sampai rumah dlm 6.30 petang
Aktiviti paling teruja adalah membeli juadah berbuka di pasar Ramadan
Sy ni kalo berbuka puasa mmg tolak nasi 100%
No. 1 yg di cari adalah air teh bunga dan kuih popiah basah **tu je**
Pasti!!! Esk 1st Ramadan kita leh lihat
ramai sekali yg excited nak memenuhkan tangan kiri-kanan
Dgn juadah berbuka nanti , biasa la 1st Ramadan kan **paham2**

Tanam niat dalam hati
Mengerjakan solat terawih samada di surau bawah rumah atau di rumah
Tak per..niat n semangat tu penting

Buat blogger semua..
Salam Ramadan. Andai ada tersalah & terkasar bahasa harap dimaafi.
Jangan lupa niat puasa...pastu minta maaf pada suami, mak ayah kita dan keluarga dan org sekeliling kita
Selamat berbuka