Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 27 November 2011

Petua 1: Susu Kambing + Buah Kurma

Cerita ni adalah flash-back..Awal tahun 2011 dalam bulan Januari
Nak menceritakan saat-saat pertama kali sebelum berjumpa Gynae
Kami bakal jumpa Gynae pada 5 April 2011
Lambat lg masa tu... 4 bln lg..Can not wait~

Member hubby da bagi 1 petua ni..Minum susu kambing + buah kurma
Masa tu agak pelik, tp try google..mmg ternyata ada petua tersebut.
Member hubby yg baik hati tu bekalkan sekali susu kambing yg fresh
Kebetulan buah kurma ada kat rumah.
Start la buat projek memblender susu kambing + buah kurma.

Bahan-Bahan:
1 cawan susu kambing (fresh) atau 1 paket jenis serbuk
7 biji buah kurma (tanpa biji) **kalo boley buah kurma yg soft**
Sedikit air masak **suhu bilik**

Cara Penyediaan:
1. Bancuh serbuk susu kambing di cawan A
2. Blended kan buah kurma bersama sedikit air
3. Masukkan (2) ke dalam cawan A. Kacau!~

Tips:
1. Jangan bancuh susu kambing dgn air panas kerana ianya akan bertindak balas dan mengurangkan khasiat susu kambing itu sendiri.
2. Jangan kacau susu kambing dengan menggunakan sudu besi. Seeloknya gunakan sudu seramik atau plastik.
3. Jangan blender buah kurma bersama-sama dengan susu kambing kerana stuktur air yang diblender akan menjadi pekat seperti berbuih.
4. Bacalah doa dan bermohon kepadaNYA dengan usaha yang kita lakukan semoga akan berbuah hasilnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan