Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 29 Disember 2011

Sad!~

::current mode->sAd::

Isnin, 26 Disember 2011

Duphaston 1 : Dah habis makan 24 Dis 2011

Duphaston 1 dah habis makan...24 Dis 2011 yg lalu
42 bijik telan selama 21 hari..Now, stop seminggu
Sehari 2 bijik ...pagi sebijik, malam sebijik...

Miss 'P' dijangka kuar pd 28 Dis 2011
Tu pun kalo tepat ikut kitaran haid 28 hari
Harap2 paras hormon akan stabil~

Ahad, 25 Disember 2011

Today is my birthday~



Alhamdulillah......
Masih dapat bernafas lagi di muka bumi Allah...
Hari ini 25hb. Disember 2011....bermakna
Usia Umaira telah menjangkau ke 27 tahun


Pagi tadi..dalam kul 4 pagi...Hubby bangun..
Wish birthday...kat Umaira. **mamai2 lagi matanya**
'' Happy birthday sayang...Abg sayg kat sayang.....
Nanti dapat duit projek abg belikan hadiah yer''
My on the dot date birthday x dapat hadiah....
Kira postpone la nih....Tak per tu tak penting~

Dulu masa bujang2...time ank dara
Selalu kata mcm nih....
''Aku nak ank 4 org...2 laki , 2 pompuan
Sebelum masuk usia 30 tahun dah produce 4 ank...''
Today, umor saya dah 27thn...sempat ker impian sy
menjadi kenyataan nih..?
Ya Allah tunaikan la impianku...

''Ya Allah..kurniakanlah Aku zuriat yg soleh dan solehah yang sempurna dari sisimu semperna Hari Lahir Ku yang ke 27''

Khamis, 22 Disember 2011

1st time mimpi mcm ni~

Malam td tidor, termimpi yg saya bela ank angkat....
Baby girl....Nama dia Nur Elya...(mcm tu la menurut si ibu)
Sempat gak merasa keseronokan dlm mimpi tu...
Masa tu dapat dukung Nur Elya..bagi dia makan...
bawak dia jalan2 kat taman tema
Tak sure taman tema mana??
Tp terasa lama gak mimpi tu
Mimpi tu tamat masa terdengar azan subuh
Terus terjaga... Sebak hati ni~
Walaupun ianye hanya mimpi yg bersifat sementara
tp memberi kesan pada hati ni...

.....masa buat entry ni kat opis, air mata dah mengalir...teringat pada Nur Elya yg comel  tu

Apakah petandanya?

Ahad, 18 Disember 2011

Keajaiban Buah Delima



Tempoh hari my MIL ada belikan saya buah delima...
Sudah diketahui umum...Buah delima byk khasiatnya...
Ia juga adalah buah ajaib dari syurga..Sgt kagum~
Buah delima termasuk buah termaktub dalam Al-Quran..Subhanallah~
Kalo nak citer pasal buah delima ni mmg tak habis..
Sbb tu sampaikan ada yg membukukan mengenai buah delima.
Utk ketahui lebih lanjut...klik sini

Dalam usaha utk conceive....jgn lupa mengamalkan petua ini...
Iaitu mengamalkan memakan buah delima..Selain itu....
Dalam rancangan Tanyalah Ustaz...telah dijelas mengenai Petua Untuk Hamil....
Caranya adalah...

  • Rebuskan kulit buah delima
  • Jadikan kepada 7 gelas..
  • Amalkan minum air kulit buah delima selama 7 hari berturut-turut
InsyaAllah....Selamat mencuba...


Buah Zuriat




....di minum berserta doa dan bermohon kepadaNYA semoga usaha kita utk mendapatkan zuriat akan diterima oleh NYA....Mintalah kepadaNYA seperti anak kecil yg dahagakan susu dari seorg ibu.Semoga Allah mendengar rayuan dan rintihan hambaNYA.

Langkah-langkah Rawatan Subur 1

  1. Melakukan hubungan seks pada waktu paling subur untuk meningkatkan kebarangkalian mengandung.
  2. Penganbilan ubat kesuburan Clomiphene dan Gonadotropins antara langkah awal dilakukan sebelum mencuba rawatan lain yang lebih canggih.
  3. Pembedahan minor bagi masalah seperti tiub fallopio wanita tersekat atau membuang cyst.
  4. IUI adalah kaedah membantu membantu sperma suami untuk sampai ke telur. Ini kerana suami mempunyai kuantiti sperma yang rendah dan lemah.
  5. ART ialah teknologi bantuan reproduktif. Jika anda dan pasangan berhadapan dengan masalah bilangan sperma kurang, tiub fallopio tersumbat atau langkah-langkah yang dinyatakan terlebih dahulu gagal, kaedah yang lebih berteknologi dan mahal seperti IVF,ICSI dan GIFT atau ZIFT akan disarankan oleh doktor sakit puan.
[Sumber : Majalah PaMa]

Gel Pelincir 'semulajadi' lebih baik

Katakan 'TIDAK' kepada Gel Pelincir
Penggunaan gel pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang anda untuk hamil. Semua gel pelincir yang terdapat di pasaran boleh merosakkan sperma . Bagaimanapun ada alternatif lain yang boleh digunakan untuk menggantikannya. Telur putih mempunyai fungsi yang sama seperti gel pelincir. Percaya atau tidak, telur putih lebih mesra sperma! Selain itu, cara terbaik untuk memperbaiki peluang untuk hamil adalah meningkatkan pelincir semula jadi anda. Ia boleh dicapai dengan melakukan lebih banyak foreplay sebelum melakukan hubungan seks. Ia dapat meningkatkan keghairahan, seterusnya lebih banyak bahan pelincir semula jadi dapat dihasilkan untuk membantu sperma terus hidup.

[Sumber : Majalah PaMa]

Wanita tidak memerlukan....(dot)..(dot)...(dot)...




'' Wanita tidak memerlukan air mani yang byk
bertakung di dalam faraj utk hamil.
Yang lebih penting adalah bilangan dan
kuantiti sperma yg terkandung di dalam
baki air mani yang tinggal di dalam faraj'' 

[Sumber : Majalah PaMa]

Bapak Telipon~


Sejak akhir2 ni saya agak ke'bz'an di opis...
Yer..bagus gak kalo bz ni..
Buatkan kita lupa seketika dgn kesedihan 'itu'
Kadang2..time nak tdo teringat gak...
dan berkata...''Bila la nak pregnant ni??''

Pagi tadi....Bapak sy call...
Dia jemput datang rumah, masa yg sama nak citer sesuatu..
Tapi disebabkan minggu ni saya kerja walaupun di hujung minggu
Tak dapatlah nak menziarah kedua ibubapa saya..
Perbualan telefon di teruskan dengan citer sesuatu yg dimaksudkan bapak saya.


Bapak : Tak balik ker minggu nih...?mari la datang, ibu da buat makan2...Along dan adik pun datang~
Saya : Sorry la pak...saya kerja minggu nih. Best nye adik beradik da semua...Sedih la tak dapat balik.

Bapak : Bapak da citer nih..citer org2 tua...
Saya : Citer ape? Citer la pak..tak sabar nak dengar...

Bapak : Semalam bapak da jumpa Wak Mondeng (Makcik saya). Wak Mondeng citer da jirannya 12 tahun tak da anak, dia berurut kat Melaka. Dengan izin Allah, dah selamat lahirkan baby.
Saya : Sapa yg urut?

Bapak : Mertua nya Abg Ehsan . **Abg Ehsan adalah ank Wak Mondeng**
Saya : Mertua Abg Ehsan tu urut kat perut ker pak??

Bapak : Tak lah..dia urut kat leher...
Saya : **Diam seketika** Owwhhh..leher...

Bapak : Nanti bapak bawak kan jumpa Mertua Abg Ehsan...Tp kena janji dgn Abg Ehsan bile dia nak balik Melaka?? Sbb bapak pun tak tahu jalan rumah mertuanya. Nanti bagitahu Umar sekali yer...Sbb suami-isteri kena berurut.
Saya : Okay pak..per2 nanti saya bagi tahu...Okay, Bye...Kim salam semua.





Khamis, 8 Disember 2011

Sejauh mane Nescafe pengaruhi kesuburan wanita??

Ya Allah....teringin nyer tekak ni nak minum Nescafe panas...
Tapi, memang dah lama sgt2 saya tak layan Nescafe
 Boleh ker utk golongan TTCians seperti saya??dan kamu juge...??

Sejauh mane Nescafe mempengaruhi kesuburan wanita yerk?


Mari kita bincangkan bersama-sama~

Sabtu, 3 Disember 2011

Duphaston 1 : Start makan 4 Dis 2011

Selepas 5 bulan pengambilan Diane utk regularkan period saya
Gynae dah sarankan start makan Ubat Duphston lak..
Duphaston adalah ubat hormon..pada masa yg sama mendorong kita pregnant.
Per2 pun dengan izin Allah...Duphaston ni ubat nye agak mahal..sebijik 3MYR
Tp, sy buat rawatan kat gomen free jer la...



Cara makan Duphaston....
Sehari 2 bijik.. sebijik pagi dan sebijik malam...
Selama 21 hari....seminggu stop..cara mkn sama mcm Diane
Gynae pesan...kena kerap bersama...'make love' okay~

Menstrual Cycle mcm dah nak excellent!~TAPiiiii......

Di akhir2 ni...Menstrual Cycle mcm dah nak excellent....28 days...
Last Miss 'P' kuar pada 3/11/11
Lar ni dia kuar semula pada 30/11/11...
Maknanye... Menstrual Cycle : 28 days (mood happy)

Day1 period  (30/11/11)
  • Period pain tak berapa nak sakit mcm selalu..
  • Miss 'P' kuar agak heavy...mlm pun heavy gak
Day 2 period (1/12/12)
  • Start mkn clomid....
  • Mood swing...Malas...Per kerja buat tak kena
  • Miss 'P' kuar kurang daripada semlm nya..
  • Mlm lak, dah berkurangan...
Day 3 period (2/12/12)
  • Makan clomid
  • Mood swing again...malasss...
  • Miss 'P' tak kuar dah...
  • Risau..tak pernah begini....
Day 4 period (3/12/12)
  • Makan clomid..
  • Period dah kering...tp still pkai pad sbb takut kuar...
Day 5 period (4/12/12)
  • Makan clomid
  • Nampaknye Miss 'P' kuar sampai Day 2 jerk...
  • Start makan Duphaston
Adakah ini disebabkan pengambilan Clomid???
Ada di antara TTCians di luar sana cam saya tak..?

Jumpa Gynae kali Ke-4

15/11/11 jumpa Gynae...Dalam thn 2011 bermakna dah kali ke 4.
Seblm masuk jumpa Gynae...kena ambik BP dan weight
BP tak brp nak okay bacaannya....Weight lak...sudah turun 3kgs...alhamdulillah~

Gynae tny perkembangan pasal pengambilan Diane selama 5 bulan berturut2..
Kesimpulannya, selama 5 bulan pengambilan Diane...Miss 'P' saya kuar  tetiap bulan..
Cuma beza Menstrual Cycle
Tapi dia akhir2 pengambilan Diane, mcm dah nak ok Menstrual Cycle iaitu 28 days

Gynae pesan...
22/11/11 jgn lupa datang utk ambik darah..nak tgk kesan pengambilan Diane sebelum ni
Ingat lagi tak entry sy pasal ubat Metformin sebelum ni??
Kalo tak ingat baca di (sini)
Selain dari ambik darah...saya kena buat ujian MGTT....
Nak sah kan sama da Diabetis atau tidak...
Kalo ditakdirkan saya ada Diabetis, sy nak tak nak kena gak makan Metformin..
Maybe dos nye akan dikurangkan disbbkan sy tak tahan akan kesan pengambilannya..
Tak sesuai dgn dos yg disarankan sebelum ini...

Lagi pesan Gynae...
Gynae minta Hubby repeat Semen Analysis selepas 3 bulan pengambilan Tribestan
Nak tgk kesannye selepas 3 bulan...
Tak sabar nak tunggu...Januari 2012 Semen Analysis kali ke-2

Ubat yg akan dibekalkan Gynae kali ini...
1. Clomid
2. Duphaston
3. Asid Folic

Diane 5 : Mungkin Diane yg terakhir sy makan

Dalam usaha nak dapatkan zuriat...
Jgn lupa kita berdoa kepada maha Pencipta kita..
Kepada nye kita datang, dan kepada nya kita kembali...
Segala usaha kita, hendaklah diiringi dengan doa...
Semoga usaha kita diterima oleh NYA.
Aminn....

Kali ini dah masuk bulan ke 5 pengambilan Diane
Dalam usaha saya makan Diane, Hubby pula makan Tribestan dan Zink
Maybe Diane kali ke 5 ini adalah Diane yg terakhir saya..
Jika usaha saya dgn Diane tak berhasil, maka Gynae akan beri ubat yg lain
Diane adalah bertujuan utk meregularkan juga kitaran haid seseorg tu...selain mendorong seseorg itu pregnant.
Nampaknya, Miss 'P' saya pun dah kuar tetiap bulan...
Jika nak dibandingkan dgn sebelum ni, 3-4 bulan Miss 'P' tak kuar2..
Itu biasa bg saya yg mengalami PCOS...
Nxt entry saya akan citer tentang PCOS lak...

Diane 5-1/11/11 - 21/11/11
Stop seminggu...
Miss 'P' kuar on the dot date iaitu...3/11/11

Menstrual Cycle : 28 days (excellent)

Diane 4

Flash back...Diane 4~
Pas seminggu stop daripada Diane 3...
Sambung balik makan Diane.
Maknanye dak bulan ke-4 sambung mkn Diane.

Diane 4- 4/10/11-24/10/11
Stop seminggu...25/10/11-31/10/11
Miss 'P' kuar 5/11/11

Menstrual Cycle : 33 days

Diane 3: Bermakna sudah 3 bulan pengambilan Diane

Flash back...Bermakna sudah 3 bulan pengambilan Diane.
Miss 'P' kuar tetiap bulan, cuma cycle period je belum regular lg..

Diane ke3-6/9/11 - 26/9/11 (21 hari spt saranan gynae)
Then, stop seminggu...
Miss 'P' dah kuar awal pada 3/10/11 - 9/10/11


Menstrual Cycle : 28 days

Diane 2: Ke'effectiv'an Diane

Story pasal Diane...iaitu kali ke-2 pengambilannya..
Makan pada 9/8/11-29/8/11 semalam 21 hari
30/8/11-5/9/11 stop seminggu Diane
Miss 'P' kuar on the dot date iaitu pada 2/9/11




Menstrual Cycle : 28 days

Diane 1: Start makan Diane

Flash back story-mory...
Pengambilan Diane 1 biji sehari di mkn pd 11/7/11 - 31/7/11 (21 hari)
Stop 7 hari pengambilan Diane, then hari ke-29 sambg. mkn Diane blk
Asid folic di makan setiap hari 1 biji sehari.
Metfomin...ubt ni saya bertahan makan selama 3 hari sahaja! mmg menguji sggh~
Sbb...?saya mengalami loya, muntah2, pening kepala, badan menjadi lembik..
Simptom2 dah mcm org pregnant jer...tp bukan yer~
Acually, Metformin adalah salah satu terapi bagi penghidap PCOS mcm saya
Ianya adalah lebih kurang mcm ubat kurus. 3 hari saya mkn tu mmg nafsu mkn saya DOWN
Maybe ubat tu tak sesuai utk badan saya. So, sy stop je pengambilan ubat tersebut

Google | Lebih kurang begini keadaan saya ketika tue...

Tak lama tu, Miss 'P' pun kuar on 6/8/11..Kuar bagaikan paip pecah.
Hari pertama period, 3 jam sekali saya tukar pad. OMG!~
Tak pernah begini tau!~ Letih tu tak usah ckp la...
Tiada perubahan pengurangan Miss 'P' kuar walaupun hari ke-7
Berlarutan la sampai hari ke-10.
Hari ke-11 Miss 'P' agak dah kurang sampaila hari ke-19 baru la betol2 'kering'
So, daripada conclusion nye....14 hari Miss 'P' datang dengan pengambilan Diane
Maybe, nak balance kan semula hormon2 yang sepatutnya...
Terasa badan ni rasa ringan.


Menstrual Cycle : 39 days (Sangat irregular)

First time makan Clomid 50mg

Susulan daripada pengambilan ubat clomid.
Miss 'P' kuar 29/6/11 sampai 6/7/11 (8 days)
Clomid di mkn pada hari ke 2 period iaitu 30/6/11 
Sampai la..hari ke 5 period iaitu 4/7/11
Hari ke 10 iaitu 8/7/11 kena jumpa gynae.
Untuk buat TVS....

Google | Transvaginal Scanning (TVS)
Tujuan TVS adalah untuk mengesan telor-telor.
Berapa telor? Telor sudah matang ker belum? Sudah ovulation atau belum?

Hari ke-10 buat TVS gynae bagitahu, telor2 sgt kecik
Sebelah kanan lebih kecik dari sebelah kiri.
Masa tu saya relax jer...
Gynae kata pun, tak per...ni baru hari ke-10.
Kita akan jumpa semula pada hari ke-13.
Gynae tu siap kata lagi, doa2 semoga telor2 tu akan besar...
Mintak tak da ape2 la...

Bertemu kembali pada hari ke-13
Again..TVS...
Kengiluaan TVS mcm dah lali sbb kali ke-2 kan
Result pada hari ke-13...
Telor2 agak besar kalo nak compare pada hari ke-10
Tapi, Gynae tgk punya tgk...
Dan sambil kata...telor2 awk membesar
Tapiiii......,
Tak cukup besar dari sepatutunya..

Sangat sedih dgr result pada hari ke-13
Dan Gynae pun buat keputusan dari result yg diperolehi
Mengatakan dan mengesahkan saya ni PCOS

So, kena redha la...
Pasni kena lebih berusaha...mengurangkan 'kgs'

Ubat yang diberikan:
1. Ethinyloestradiol 0.035mg (Brand Sucee) juga dikenali sbg Diane
2. Asid Folic
3. Metformin 500mg

Cara makan:
1. Diane di makan 1 biji sehari selama 3 minggu..
2. Asid folic hari2 makan sebijik
3. Metformin di makan 2 biji sehari (1 biji siang, 1 biji malam)

Pesan Gynae:
1.Kerapkan 'bersama'~3kali seminggu tak cukup yer puan2..
2. Kurangkan kgs 



Khamis, 1 Disember 2011

Miss 'P' kuar dengan bantuan ubat turun darah~

 Pas makan ubat turun darah (Hormon Medroxy Prosterone) pd 21/6/11 on the dot date pada 29/6/11 dengan happynye Miss ''P'' kuar bagaikan marathon. Fuuhhh...syukur alhamdulillah~ Puas hati sbb darah kotor yg tak sepatutnye duduk di dalam haruslah dikuarkan. Baru lah badan ni rasa fresh~ Pls la my hormon...balance la awk seperti sediakala.Jgn mcm ni la...

Google | Kelihatan 'fresh' seperti fruits ini