Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 10 Julai 2014

Period kejap je..mcm tak puashati

Sikitnye period kuar....
Kejap nye period...
sikitnye nak ganti pose 4 hari jerk
kejapnye tak pose...hehehehehhee...
itulah yg tersebut2 je dalam hati dan kat mulut ni


D1 period hari Sabtu
D2 on clomid
tiba..tiba...hari Selasa iaitu D4 period dah nak kering
so plan esk nye nak puasa
Clomid belum habis lagi..tq period dah kerrinngg...
Maknanye makan clomid hari2 seterusnya tanpa berperiod...


huurrrmmmm....**muka suram je**

Selasa, 8 Julai 2014

Period dah...alhamdulillah turun semulajadi

Update pantas..sebab bz dengan tugas di pejabat

Last weekend, bendera jepun sudah mari da...
Maka dengan itu, sy bakal menggantikan puasaku
Alhamdulillah..period kali ni tak perlu makan ubat turun darah
Macam biasa..senggugut tetap ada
Tuam pakai bantal panas sudah memadai
Sebenarnya lebih baik period turun secara semula jadikan..

Harapan pada diri...
Biarlah period2 ku akan datang turun setiap bulan dgn sendirinya spt skrg
Now, sedang on clomid utk D2 - D6 selama 5 hari period


Isnin, 30 Jun 2014

Khasiat Janggut Suami


Khasiat Janggut Suami

Artikel dikongsi dari facebook:

Khasiat janggut... sila baca Sapa2 yg suami ada janggut...bca
ni yerr...Yg suami x ada janggut pun baca jugaa..Bila bca
ni...mesti suruh suami bela janggut...  

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi
bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak
lebih seribu tahun dahulu.Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang
doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang
pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang
sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul
gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh
lebih hebat daripada itu.Menurutnya, kajian oleh
saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika
Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body
mendapati janggut lelaki mengandungi hormon
testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan
wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan
pertumbuhan telur wanita


SUBHANALLAH!Caranya bagaimana?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa
yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun
jarang anak dan mahu dirapatkan lagi,
mintalah suami simpan
janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.Ini sekali
gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam,
boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan
kelebihannya.Wa llahualam.  


RASULULLAH SUKATENGOK LELAKI BERJANGGUT WALAU SEHELAI..
Pada Zaman Rasulullah..ada seorg lelaki yg berjanggut 2 helai dtg ke masjid
dan masa mengambil wuduk..lelaki tersebut memandang Rasulullah..Ras
ulullah pun senyum kpd lelaki itu..lelaki itu hairan mungkin
Rasulullah senyum kerana janggut lelaki itu hnya 2 helai di
dagu.. Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke
masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak
dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman
tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada
lelaki tersebut… Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan
pertanyaan kepada Baginda… “Wahai Rasulullah mengapa hari
ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini? ” Lalu
Baginda menjawab” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-
rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi
apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi
malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat.."
 

# Simpan la janggut ye kaum Adam.. its Sunnah right??"Hasbi
Rabbi Jalallah..Maafi Qalbi Ghairullah..Nur Muhammad
Salallah.. Laa ilaa ha ilallah 3xMuhammadur Rasullullah" ....
sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan
Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke
Atas Nabi Muhammad S.A.W ....Mulai hari ni isteri2
rajin2 lah belai si suami...slmt berjanggut sebarkan kebaikan

Salam Ramadhan di tahun 2014

Salam Ramadha
Syukur alhamdulillah diberikan kesempatan ini berada di bulan Ramadhan
Bersihkan hati , tenangkan jiwa
Semoga bulan keberkatan ini memberi 1001 erti buat kita semua


Apa kabar kalian semua yg masih berTTC??
Ada berita baik sila kongsi ya..

Ya Allah berbulan2 lamanye tak menjenguk ke blog ku yg satu ni
Last update bulan Oktober 2013
Bila bukak..banyaknye komen sedang menanti utk pengesahan admin
Mmg sy akui sy telah mengabaikan blog TTC sy ni
Andai ada yg rindu dgn entry sy, sy minta maaf sgt2

Bagaimana perkembangan sy selama sy manghilang?
Masih belum menerima berita gembira lagi
Dalam perut ni masih ''kosong''
Setiaphari kami berdoa semoga ada zuriat didalam kandunganku

Usaha hingga ke hari ini adalah
Debunga kurma...yg diberikan oleh kawan ibu yg pulang dari umrah
Semoga doa seorg ibu juga dapat memakbulkan impian kami

Dah tak jumpa lagi doktor gomen..dah tak followup dah dgn doktor gomen
sebab mereka pon dah kata usaha terakhir dan peringkat terakhir adalah IVF
Jika IVF tidak menjadi, apakah usaha yg lain?? Aku redha...
Nak bagi telan ubat yg sama je sampai bila kan...dah 3 tahun mkn ubt hospital
Badan ni dah terlampau banyak drug

Seriusly, sy mmg dah lama tak menangis seperti dulu
apabila mengenangkan ttg nasib yg belum dikurniakan zuriat
Sy sedang menyibukkan diri dengan ''kerja''
Jika dulu selalu duk kenang perkara2 yg mendatangkan kesedihan hati
Alhamdulillah sejak sy berniaga, rezeki tak pernah2 putus
Walaupon sy hanya berniaga secara online
InsyaAllah duit keuntungan yg diperolehi akan digunakan utk membantu org,
memberi duit poket kpd kedua org tua ku...membantu ekonomi keluarga..
dan sebagai tabung IVF ku di masa akan datang jika sudah bersedia