Dear TTC...
Ini adalah entry yg terakhir bagi tahun 2012
Ramai ye yg ala2 flash back story-mory sepanjang 2012
Macam Umaira sepanjang tahun 2012 ini....
Januari...
Gi Darussyifa..Jumpa dengan org kuat2 agama. Berusaha dan ikhtiar dengan rawatan Islam. Minum air yang dijampi. Semoga Allah pekenankan usaha hambaNYA. Dhupaston still on.
Februari
Start pantang kepada makanan yg leh ganggu kesuburan wanita. Elak dari makan jeruk dan makanan yg berunsur soya. Actually soya tak elok utk TTC
Mac
Jumpa gynae..Masa tu baru dapat tahu yg saya ni atara 20% wanita dlm dunia ni yg mengalami retoverted uterus (RU). Masa tu sedih. Balik je terus google pasal RU.
TVS...buat TVS intai2 telur. Berita gembira sbb dinding rahim saya tebal dan telor pOn besar. Memandangkan sy susah nak jumpa dinding rahim tebal & telor yg besar. 1st time , since buat treatment dgn gynae.
April - Ogos
Masih mengharap...Masa tu dgr ramai TTC yg berjaya pregnant termasuk bff. Hati menangis dan mengadu pada Allah. mungkin rezeki mereka di bulan puasa.
September
PIL mengerjakan haji. Saya kirimkan doa dan buah zuriat je..
Oktober
HSG...syukur semuanye berjalan dgn lancar. Kedua2 tiub saya dalam keadaan baik.
November
Anniversary yg ke 3. Masih mencari double-line.
Disember
Period pertama selepas HSG selama 12 hari. Sgt heavy mcm paip pecah. Barangkali saluran sudah clear tu senang je laluannya.
Ini lah detik2 sepanjang 2012 yg kami lalui begitulah ujian datang menduga. Saya masih lagi berTTC. Mengharap tahun 2013 akan ada cerita yg gembira.Amin~
1 4 YEARS
2 minggu yang lalu
takpe, tahun 2013 kita usaha lagi sama2... mana tau rezeki berpihak pada kita plak kan... :)
BalasPadamSalam perkenalan,teruja dengan cetusan di blog umaira ini mengenai zuriat. FYI, we in the same situation, TTCian. Akma dah hampir 6 tahun dah melayari bahtera perkahwinan. Semoga usaha kita semua berjaya ditahun 2013 ini.Ameen.
BalasPadam