Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 25 Mei 2012

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang


Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

10 ulasan:

  1. sue sllu naik jerawat dalam lubang hidung... camna plak ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sue, tak pasti pulak kalo jerawat kat lubag idOng da prob per?? Wahhh...sure sakit kan jerawat kat lubang iDong...

      Padam
    2. tahu xpe sakit dia jgn cakap laa

      Padam
  2. saya lak 1muka ade jerawat...hahhaha...mcm mn tu??....xkisahlah,yg penting minum air byk..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu muka...? maybe kulit berminyak kot...

      Padam
  3. air banyak pon xleh gak/... ntn over dose plak minum seimbang dah cukup heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ni susah gak nak minum airm masak...kena paksa dan tanam semngat dalam diri baru mau telan...

      Padam
  4. takutnya..jerawat sy selalu naik kat dagu..kecik² jer..tp memang selalu..sampaikan ramai yang tegur kata dagu selalu merah..ada gangguan sistem peranakan ekk?sy belum ngandung² lg ni..emmm..thanks 4 this info!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lately, saya da tumbuh jerawat kat dagu.sgt risau. tu cari artikel pasal jerawat didagu. sumber artikel tu yg saya kongsi bersama kalian.

      period tak datang2...UPT dah test...tak menunjukkan pregnant pOn...

      penantian betol..

      Padam
  5. Minggu akhir contest di blog Mahamahu hadiah wang tunai dan barangan masih milik anda sertai sekarang..

    BalasPadam