Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 30 Januari 2012

Hallo Miss 'P'....

Alhamdulillah...
selepas kegelisahan yg melanda 2-3hari seblm ni
Gara2 Miss 'P' tak kuar
Banyak tanda tanya pada diri?
Bile dah buat UPT hasilnye adalah -ve
Sudah pasti menantikan kehadiran Miss 'P'

Hallo Miss P

Dengan Izin Allah...**slps berdoa**
Malam tadi Miss 'P' kuar akhirnya **Time tdo**
Sebelum Miss 'P' kuar ada gak perasan
Simptom2 yg berlaku macam...
Weekend tu, kemalasan melanda **bermalas2an ats katil**
Then, kelaparan tak tentu arah **gigihkan jua ke dapur utk masak**
Teringin yg teramat sgt nak mkn ayam grg madu **rajinkan gak utk masak**
Sakit perut yg tak berapa nak menjadi **senggugut yg datang dan pergi**
Beremosi **sampai berdrama dgn Hubby**

Bilekah masa dan keadaan yg sesuai utk Allah memakbulkan doa kami suami-isteri agar dikurniakan zuriat??

Jumaat, 27 Januari 2012

Congratz to dotdotdot


Syukur Alhamdulillah kepada
2-line...horrraayyy...Happy dengar berita kamu~
Sy dah alihkan blog kamu ke group Congratz

Khamis, 26 Januari 2012

Duphaston 2 : Dah habis makan 25 Jan 2012

Dah 2 bulan makan Duphaston...
Now, tgh stop seminggu...
Miss P tak gak2 kuar...
UPT pun dah buat , result adalah negetif
Duphaston ni mcm tak serasi dgn body sy je
Pas stop seminggu ni nak sambung mkn balik or tak??
Ada sape2 kat sini tak da pengalaman mkn Duphaston seblm ni?
Plzzzz..share...

Jumaat, 20 Januari 2012

UPT on 20 January 2012

Di pagi Jumaat ni saya cuti
Hubby g kerja halfday
Plan nak balik kampung ~ Teluk Intan
Arrgghhh..rasa malas nak kemas baju

Bangun tidor tgk Hubby dah tak da
Td b4 dia g kerja, ade terperasan dia cium dahi sy

Seperti yg sy janjikan
Pagi ni sy dah buat UPT **tnp pengetahuan Hubby**
Resultnye adalah negetif
Masa buat tu siap buat video lagi **kali ni**

Motivate diri-sendiri
Tak per...Rezeki**zuriat**sy belum lagi terbuka
Sy percaya, Allah masih bersama hambaNYA
Yang selalu berusaha
Memujuk hati supaya tenang dan menerimanya
Ingat tu apa2 yg berlaku adalah Dengan Izin Allah


20.01.2012 - it's Negetive 

Rabu, 18 Januari 2012

Takut kecewa~

Sebijik sejeBon mcm ni sy beli~

Semalam beli pregnancy test kat Guardian The Mines
Bile lah nak buat semula??
Maybe Jumaat ni...
Last check pun masa Miss 'P' lewat 2 hari
Takut kecewa lagik kali ni!~
Dah berbatang2 UPT sy buat selama 2 tahun ni
Hasilnye mengecewakan~
Tu tandanye Allah belum memakbulkan doa kami

Hari ni...18 Jan 2012
Miss 'P' dah lewat 21hari...
Lewat sgt dah ni...
Tak kuar2 pun...
Tgg jer la entry sy akan datang
Apakah hasilnye??

Selasa, 17 Januari 2012

Ke Darussyifa'


Alhamdulillah....
Terlepas hajat selama ni nak buat rawatan n
jumpa sendiri dgn Ustaz Harun Din di Darussyifa'
Untuk makluman,Ustaz Harun Din hanya ada pd hari Selasa shj
Tu pun bergantung pada jadual beliau
Selain hari Selasa, ank murid Ustaz Harun Din yg kendalikan rawatan Islam di Darussyifa'



Okay dengan semangatnyer...
Kuar rumah seawal jam 2.30pagi..bersama Hubby + PIL
sampai kat Darulsyifa' dalam kul 3.00pagi
terus beratur sementara tunggu kaunter bukak jam 5.00pagi
**beratur tp kerusi disediakan oleh pihak Darussyifa'**
Syukurlah.....cuaca pagi td sgt mengizinkan
Tak panas, tak sejuk dan tak hujan...
cuma kawasan perumahan disitu
blackout termasuk di Darussyifa'

Kaunter bukak n beratur **mcm beli tiket wayang**
dapat no. giliran yg ke 17 & 18 **suami-isteri**
Dan diberikn borang utk diisi details n rawatn yg dihajati**iaitu zuriat**
Rawatan start jam 6.30pagi iaitu selepas Subuh
Start masuk bilik rawatan dalam jam 7.15pagi
Sebelum tu dah siap2 beli 2 botol air

Rawatan itu hanya mengambil masa kurang dari 5 minit.
Mungkin ia tidak berbaloi jika dibandingkan dengan
penantian selama 3 jam tetapi kami tidak pernah mengeluh.
Sebaliknya kami amat berterima kasih kepada Ustaz Harun Din
atas peluang bertemu dan berubat dengan beliau


Masa rawatan....
Dua botol air diletakkan diatas riba + rapat ke perut **suami-isteri**
Tangan kami menyilang sambil pegang 2 botol air td **bukak tutup botol**
Ustaz Harun Din membacakan doa buat kami **utk zuriat**
Bacaan doa itu dihembuskan pd 2 botol air **air jampi**
Sambil membaca doa, Ustaz tekan2 perut kami suami-isteri **serentak**
Diakhir rawatan....Ustaz da sebut, InsyaAllah..InsyaAllah..

Per yg kami rasa masa rawatan tu??
Masa doa dibacakan...
Perasaan sebak dihati....air mata dah berlenangan
Hubby kata pun rasa nak nangis
Air dalam botol tu rasa sejuk masa Ustaz menghembuskan bacaan doa
Subhan'Allah~

Air Jampi tadi...
Minum pagi dan malam
Semasa 'bersama' sapukan air jampi dari atas **dahi** hingga dada
Amalkan surah ali-imran iaitu Doa Nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)


Semoga ada sinar baru buat kami~AMIN...AMIN..

Hari ni Birthday Hubby

Buat suami tercinta,


Today...17 Jan 2012..Birthday Huby yg ke 31
Syukur dikurniakan seorg suami yg sabar
Dah 2 tahun bersama sbg suami isteri
Bersamaan dgn 2 tahun sambut birthday bersama sbg suami-isteri
Selama 2 tahun itulah saya mula rasa sedih + mengharap
Tp simpan dalam hati tanpa pengetahuan suami tercinta
Sy nak sgt menghadiahkan berita gembira jika ditakdirkan Allah
Yang dia bakal menjadi seorg ayah
Tp hadiah itu masih belum tertunai dari saya utk dia

Birthday hubby kali ni celebrate kat Mines..makan2
Tp mcm sebelum ni, satahun yg lepas sambut di rumah..
Saya masak2...masak mknan kesukaan dia
Ape2 pun, yg penting masa berdua yg menenangkan
tu adalah penting dan amat berharga
Selalu cuba memberikan yg terbaik
Moga tahun akan datang Hubby berpeluang sambut birthday sbg sorg ayah

Selasa, 3 Januari 2012

Miss 'P' sepanjang tahun 2011

Klik untuk Zoom

Ini adalah perjalanan Miss 'P' sy sepanjang tahun 2011..
Miss 'P' yg ting..tong..kan??

Mcm saya yg ada PCOS...
mcm ni la gayanyer...
Miss 'P' yg kuar pada bulan2 tertentu adalah
 atas bantuan dari memakan Diane

Mane nak carik Kordel's ViteX nih?


Sudah diketahui oleh ramai TTCians...
Kordel Vitex adalah salah satu supplement yg boley merawat PCOS...
Tak tahu la sejauh mane kebekesanannya...
Tapi mmg dah terbukti dengan testimonial di blog2 dan forum2...
Ramai yg suggest, pengambilan Kordel Vitex selama 1-3 bulan
Dapat mendorong sesorg tu conceive...
Per2 pun semua Dengan Izin Allah...
Usaha tu penting....

Ada sape2 leh bg info tak....Kat mane area Seri Kembangan-Kajang
Kat mane leh beli Kordel Vitex nih??
Area opis saya di Menara TM kat Farmasi My Life byk jer supplement Kordel di jual
Tapi Kordel Vitex tak da pulak di jual di situ...
Kat Farmasi Watson Jusco Cheras Selatan pun dah try cari...tp tak da gak...
Farmasi Guardian di KL Sentral pun dah cari, tp tak da jual...
Mane lagik sy tak carik...??
Farmasi di Tesco Kajang pun dah carik, tp x da gak...
Iiiisssshhh..Sedey nye...
Kat mane nak cari lagi nih??? Guardian di Carefour Bdr Tun Hussein Onn pun dah carik...
Tapi tak da gak...??? Frust la...

Plzzz..kengkawan...sape2 da info plz share..

Kat bawah ni adalah salah satu pengalaman dari seseorg yg dah mencuba Kordel Vitex

Good bye 2011~ Welcome 2012



Rasa dah terlambat utk ucapkan selamat tinggal 2011...
Yang penuh dengan suka-duka

Selamat datang 2012....
Moga ada khabar berita yg menggembirakan
buat kami suami-isteri dan TTCian yg lain

Pengakhiran tahun 2011 yg menyedihkan kami sekeluarga
Perkhabaran berita...bapa dimasukkan ke CCU akibat serangan jantung
Semoga kami sekeluarga akan terus tabah
dan mendoakan yg terbaik buat bapa tercinta

2012....Semoga ade cahaya buat kami
Semoga Allah perkenankan rezeki yg satu itu
Kurniakanlah kami zuriat yg soleh & solehah dari sisiMU
AMIN~