Blogger Templates

Pengikut

Umaira + Umar

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 28 November 2011

Result Semen Analysis 1

5 April 2011, Ingat lagi tak Gynae da minta Hubby buat Semen Analysis?
Kalo tak ingat meh clik sini

So, Hubby buat di KPJ Damansara
Inilah resultnya...
Saya tak berapa nak yakin utk diperjelaskan..
Tapi, daripada result ni Hubby da masalah dari segi
Sperm progression-Slow linear progression
Klik pada image utk paparan yg lebih jelas~

Gynae minta Hubby makan Tribestan dan Zink
Tribestan ni hospital tak supply..
So, kena la cari di mana2 farmasi terpilih saje

Sedikit info tentang Tribestan:
Tribestan mengandungi ekstrak herba yang dikenali sebagai Tribulus dan herba ini hanya mempengaruhi peningkatan hormon DHEA, Ada juga kes yg mana bilangan sperma yg kurang dapat dipertingkatkan jika buah zakar tidak rosak.

Sedikit info tentang Zink:
Jika dilihat dari sudut kesihatan seksual laum lelaki, zink adalah sangat penting utk kesihatan zakar dan prostat. Kelenjar prostat mengandungi lebih zink jika dibandingkan dengan organ2 lain di dalam badan. Penambahan zink akan menghasilkan peningkatan dalam kadar testosterone di dalam darah. Pd masa yg sama, penambahan ini akan menyebabkan peningkatan pd syawat,mengurangkan keletihan, dan juga memperbaiki kesihatan seks. Kekurang zink pada lelaki boley menyebabkan zakar mengecut dan kehilangan fungsi. Satu lagi kesan menarik tentang zink ialah air mani juga mengandungi kandungan zink yg tinggi, 700 kali lebih byk dari plasma darah. Setiap pancutan lelaki dewasa akan kehilangan 0.7mg zink bg setiap ml air mani. Jika tahap zink tidak diganti kesannya ialah seseorg itu boley kehilangan tenaga syawatnya.




Jumpa Gynae kali Ke-2

Flash back~ back dated 21 Jun 2011
Kali ni pemeriksaan di buat oleh Gynae dari UPM,Hospital Serdang.
Harap maklum...Kali ni doktor pempuan.Selesa sikit~
Gynae da tanya pasal progress ubat yg di ambil pada 5 April 2011.
Ubat turun darah tu sangat effective.
Dan saya da maklumkan Mei 2011 saya missed period.
Terus jer Gynae buat ultrsound..sbb nak periksa sekali kedudukan rahim
Rahim saya dalam keadaan baik~
Masa scan perut tu nampak la isi perut kita, nampak rahim...
Byk gak sy tanya itu-ini. Cara tny tu mcm budah baru nak belajar.
Hasil daripada pemeriksaan tu, semuanye ok.
Nxt appointment, gynae nak tahu kematangan telur lak.


Ubat yang diberikan:
1. Ubat turun darah-Medroxyprogesterone Acetate 5mg
2. Clomid (50mg x 1)
3. Asid Folic

Cara makan:
1. Macam biasa, ubat turun darah di makan selama 7 hari, 2 biji sehari pagi-malam
2. Clomid di makan pada hari ke -2 period selama 6 hari iaitu hingga hari ke 6 period
3. Asid Folic 1 biji sehari

Pesanan Gynae:
Hari ke-10 period kena datang sbb nak buat TVS .

Mei 2011-Missed Period

Back dated : Mei 2011
Miss 'P' tak kuar2....
Something wrong la hormon saya ni..

Google | Beginilah kehampaan saya ketika itu

Masa tu ada gak buat UPT test..namun, result yg menghampakan...
Tipu la kalo tak sedih..~

Semen Analysis Kali Pertama


Flash back report~Back dated : 25 Mei 2011
Seperti perjumpaan kami dgn Gynae yg kali pertama pada 5 April 2011 hari tu.
Gynae minta Hubby buat Semen Analysis di mana-mana Lab.
So, kami ke Hospital KPJ Damansara.
Whole day kami off, sbb nak meguruskan Semen Analysis.
Result diperolehi selepas 3 jam.
Sementara menunggu sempat shopping di The Curve.
Selepas 3 jam....Result diperolehi.
Next entry saya akan try explain result Semen Analysis Hubby.

Info
Payment Semen Analysis:
Registration (First time) : 5.00MYR
Semen Analysis : 30.00MYR

Miss 'P' kuar lepas makan Medroxyprogesterone Acetate 5mg

Effectivenye ubat turun darah (Medroxyprogesterone Acetate 5mg) yang di makan saya selama 7 hari (5/4/11-11/4/11). 4 hari selepas itu, Miss 'P' pun kuar dengan berlumba-lumbanye..Sangat rindu untuk memakai pad Kotex. Simptom2 yg dialami semasa Miss 'P'  datang adalah senggugut. Masa tu tak makan per2 ubat pun utk menahan kesakitan senggugut..Biarlah senggugut tu baik dengan sendirinya. Just sapu minyak 1001 Rahsia Alam. Per2 pun saya rasa lega selepas 4 bulan Miss 'P' tak kuar. Jelas sekali disini yer, saya ni ada masalah hormon yg tidak seimbang.

Ahad, 27 November 2011

First time jumpa Gynae

Flash back....On 5 April 2011~
Pada pagi 5 April 2011 terasa heartbeat ni kencang sangat
Pastu mcm2 kat pikiran ni soalan2 yg akan di tanya oleh Gynae
Semua tu perasaan jer...Per2 pun kena jadi sorg yg tenang
Yer ar..Nervous~First time katakan~

Registration kul 9pg, masuk jumpa Gynae kul 10pg
Harap maklum, doktor laki okay~

Perbualan tentang soalan yang diduga diajukan

Doktor  : Dah berapa tahun kawin?
Saya  : Setahun 5 bulan

Doktor : Suami smoking??
Hubby : Ex-smoker. 5 tahun lepas dah berhenti.
Doktor : OK good!!!

Doktor : Macam mane period setiap bulan? Berapa kitaran haid?
Saya : Saya dah 4 bulan tak period. Kitaran haid tidak menentu.
**dalam hati : nampak sgt aku nye hormon ni tak menentu**

Doktor : Berapa kerap bersama dalam seminggu?
Kami : 3 kali seminggu. **Normal tak?**

Doktor : Ada rasa sakit tak ketika bersama?
Saya : Ok jer..tak da rasa sakit. Lancar!

Seterusnya....
Saya di minta untuk baring atas katil.
Masa tu kena tukar kain yg diberikan oleh nurse.
Suspense sgt...ape pulak gynae ni nak buat??

Seperti arahan...
Baring...kaki di bengkokkan..dan kangkang...
OMG!~ sgt terkejut gile kena buat pap smear.
Sape2 tak tahu cam ner buat pap smear??tgk pic ni

Google | Pap Smear




Perbualan lagi...Di meja Doktor

Doktor : Untuk permulaan ni suami kena buat Semen Analysis. Pergi ke mana2 Lab.
Suami : OK!

Doktor : Nanti saya akan bagi ubat turun darah. Di makan selama 7 hari. 2 biji sehari. Pagi-Malam
Saya : OK!

Doktor : Ada apa2 soalan nak tanya?
Saya : Buat masa sekarang tak ada.
Kami : Ok doktor, terima kasih.


Petua 3: Air Penawar Darussyifa'

Flash back again..
Masa bulan Mac 2011 hari tu MIL ada berkunjung ke Dasussifa'
MIL sangat baik dan perihatin orangnya...
Dalam usaha saya untuk conceive, MIL tidak henti2 memberi semangat
Walaupun Hubby ank sulung, tp tak da la rasa terkilan sgt utk MIL
menimang cucu sbb Angah dah beri cucu pada MIL

Berbalik kpd tajuk di atas....
MIL ada  berikan kami suami isteri air penawar Darussyifa'
Kata MIL cuba la usaha ini
Minum air penawar ni sbg usaha utk conceive
Rasa terharu sgt2 sbb MIL dari Teluk Intan turun ke Bangi demi kami
Air penawar ni adalah usaha kami, minum setiap pagi dan malam
Baca Al Fatihah, Selawat dan Doa.

Petua 2: Minyak 1001 Rahsia Alam


Ada tak diantara kamu..kamu..dan kamu...
Yang pernah try guna Minyak 1001 Rahsia Alam ni.
Saya try dalam bulan Februari 2011.
Nama minyak ni mmg cukup best la...1001 Rahsia Alam
Kalo ada sila komen ye??

Saya telah berkenalan dengan minyak 1001 Rahsia Alam ni
Di area tempat saya bekerja.
 Si penjual ni ada bukak booth di Menara TM
Menurut si penjual, bagi wanita yg ingin hamil boley la try
Caranye dengan menitiskan 3 titis minyak ke pusat,
Sapukan di bawah ari-ari. Selawat ke atas Nabi.
InsyaAllah akan hamil~

Menurut si penjual ni lagi,
ramai gak customernye telah hamil dgn penggunaan minyak tersebut
Apa2 pun semua dengan izin Allah kan~

Hati seorg isteri yg belum empunya ank seperti saya
terus jer beli...Usaha tetap usaha.
Kalo nak tahu lebih lanjut mengenai Minyak 1001 Rahsia Alam
layari disini

Petua 1: Susu Kambing + Buah Kurma

Cerita ni adalah flash-back..Awal tahun 2011 dalam bulan Januari
Nak menceritakan saat-saat pertama kali sebelum berjumpa Gynae
Kami bakal jumpa Gynae pada 5 April 2011
Lambat lg masa tu... 4 bln lg..Can not wait~

Member hubby da bagi 1 petua ni..Minum susu kambing + buah kurma
Masa tu agak pelik, tp try google..mmg ternyata ada petua tersebut.
Member hubby yg baik hati tu bekalkan sekali susu kambing yg fresh
Kebetulan buah kurma ada kat rumah.
Start la buat projek memblender susu kambing + buah kurma.

Bahan-Bahan:
1 cawan susu kambing (fresh) atau 1 paket jenis serbuk
7 biji buah kurma (tanpa biji) **kalo boley buah kurma yg soft**
Sedikit air masak **suhu bilik**

Cara Penyediaan:
1. Bancuh serbuk susu kambing di cawan A
2. Blended kan buah kurma bersama sedikit air
3. Masukkan (2) ke dalam cawan A. Kacau!~

Tips:
1. Jangan bancuh susu kambing dgn air panas kerana ianya akan bertindak balas dan mengurangkan khasiat susu kambing itu sendiri.
2. Jangan kacau susu kambing dengan menggunakan sudu besi. Seeloknya gunakan sudu seramik atau plastik.
3. Jangan blender buah kurma bersama-sama dengan susu kambing kerana stuktur air yang diblender akan menjadi pekat seperti berbuih.
4. Bacalah doa dan bermohon kepadaNYA dengan usaha yang kita lakukan semoga akan berbuah hasilnya.

Soalan Cepuemas

Salam All TTCians...
Entry kali ni agak emo sikit, dah macam sesi meluahkan perasaan
Jangan disimpan2 perasaan itu, jgn sampai bersarang
Kalo dah bersarang tu yg kadang2 tak boley nak pikir waras
Boley jadi DOwnnn...
PETING yer org TTCians spt kita ni perlunya ada tmpt utk meluahkan

Ceritanya...masa 6 bulan yg pertama usia perkahwinan kami
Kami tak kisah dan tak sensitif langsung pada soalan cepuemas
dari mulut2 orang yang rajin bertanya pasal ''dah pregnant ker?''

Tapi....bile dah setahun usia perkahwinan kami
Baru la terasa dan sensitif pada soalan cepuemas itu.
Kami pernah menitiskan air mata disebabkan soalan cepuemas itu
Org tak paham kita...Dan org2 tu tak da sensetiviti lgsg.
Masa tu Allah la tempat saya mengadu~Tersgt la sedih!

Mcm mana pun kami suami isteri redha je dgn soalan2 itu
Sejak dari itu, kami cuba cari jalan nak jumpa gynae
First kena la dapatkan surat rujukan ke Pakar Gynae
Pilihan kami Pakar Gynae di Hospital Gomen jer~
Rasa tak mampu la nak ke private.


Detik-Detik Cinta Umaira + Umar

Detik-detik itu...






Declare (1 April 2004) 
  •  Masa tu umur Umaira 20 tahun , Umar lak 23 tahun
  • Senang ingat tarikh decalre sebab April Fool Day
Engagemant Day (25 Disember 2008)
  • 4 tahun couple barulah masa ni kenal dgn family masing
  • 4 tahun mempertahankan cinta, bukan senang ye kisah suka-duka dilalui
  • Bertunang pada usia 24 tahun
  • Senang gak nak ingat sbb masa tu birthday saya yg ke 24
Nikah Day (14 November 2009)
  • Ikat tunang tak sampai setahun
  • Dah jadi isteri orang ketika usia 24 tahun 11 bulan
  • Senang gak nak ingat tarikh nikah, sbb tarikh tu adalah birthday ibu saya
BIG Day (15 Nov 2009)
  • Sangat berdebar ketika itu...
  • Tak dapat dilupakan..
2nd Reception (21 Nov 2009)
  • Selamat dah majlis di kedua-dua belah majlis
  • Kali itu lah kali terakhir bersanding di pelamin yg indah
  • AMIN

Kami adalah Umaira + Umar

Dear TTCians
Kepada kebiasaannye dan rata2 yg kami tgk secara random di blog TTCians, ramai juga yang merahsiakan identiti sebenar. Samalah dengan kami...Per2 pun masing2 ada sebab tersendiri. Bg kami hal ni penting dan agak sensitif jgk. Kalo dapat merahsiakan identiti sebenar ni rasa mcm lebih bebas utk berbicara. Maybe perkara yg bakal disharekan itu akan menimbulkan kelemahan pada diri sendiri, so tak da la terasa rendah diri. Jgn risau, identiti jer dirahsiakan tp kisah di setiap entry adalah benar2 belaka... Dengan ini Umaira + Umar mengucapkan Welcome to my blog dgnizinya.blogspot.com Tq pada kawan2 yang menjadi follower di blog kami ni.

Dear TTCians

Hallo TTCians...Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Saya adalah TTCians seperti kamu..kamu...dan kamu juga
Saya newbie lagi kalo nak berckp pasal TTC ni
Dengan info dan pengalaman yg ada boley la nak disharekan dgn TTCians yg lain
Semoga dengan kehadiran saya di alam maya ini dapat memberikan info + pengalaman berkaitan dgn TTC
Dan sama2 la kita share info yang berguna kelak sehingga kita berjaya conceive yer. Mane2 TTCians yg dah berjaya conceive jgn lupa jengok kami di sini.
Kepada TTCians marilah kita sama2 berusaha untuk mendapatkan baby. Jgn berhenti usaha ya...

DON'T GIVE UP

'' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri'' ~ Surah Ar Ra'd (Ayat 11)

Bermulanye Kisah Ini~

Google | Umaira + Umar mengimpikan zuriatnya sendiri
Sangat2 mengimpikan keluarga yang bahagia..
Mengharapkan kurnaiaan daripada illahi...
Penantian yang tiada penghujungnya...
Hanya Allah saje yang tahu apa yang baik buat hambaNYA
Semoga kami suami-isteri saling menlengkapi atr satu sama lain
Dengan Izin Allah semoga Usaha dan Doa kami diterimaNYA
AMIN~